Tingkatan | Dua |
Masa | 80 Minit |
Genre | Drama |
Tajuk | Hemodialisis |
Fokus Utama | 10.6 | Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. |
Aras 2 (iii) | Menghuraikan watak dan perwatakan serta latar masyarakat | |
Fokus Sampingan | 9.1 | Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. |
Aras 1 (i) | Memilih kata, pelbagai ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat. |
Objektif | Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menyenaraikan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks. ii. Mengemukakan hujah yang sesuai tentang pendirian watak. iii. Menyenaraikan lima contoh ayat perintah yang terdapat dalalm teks. |
Kemahiran Bahasa | Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran menulis |
Sistem Bahasa | Tatabahasa: Ayat perintah Kosa kata: Hemodialisis, berkaliber, kongkong |
Pengisian Kurikulum | Ilmu: Sosio budaya, peraturan, kesihatan Nilai: Kasih sayang |
Kemahiran Bernilai Tambah | Kemahiran Berfikir: Klasifikasi/KBKK Kecerdasan pelbagai: Teknologi maklumat dan komunikasi |
Langkah | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Penilaian Formatif | KBT / Catatan |
Set Induksi | · Guru menunjukkan gambar mesin hemodialisis. · Guru menanyakan beberapa soalan berkaitan gambar. · Guru mengaitkan perkara yang dibincangkan dengan isi pelajaran pada hari ini. | | |
1 | Main Peranan · Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi peranan masing-masing. Ø Kumpulan 1 – Abah Ø Kumpulan 2 – Dr. Afif Ø Kumpulan 3 – Fatin Atiqah Ø Kumpulan 4 – Mama Ø Kumpulan 5 – Nabilah · Guru meminta murid membaca teks dan menghayati peranan masing-masing. · Guru meminta setiap kumpulan memilih wakil untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. · Guru memberi respons terhadap jawapan murid. | Objektif (i) tercapai | KBT: Klasifikasi Lampiran 2 LPG watak dan perwatakan Lampiran 2 Jawapan LPG |
2 | · Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid. · Guru meminta murid melengkapkan rajah dengan perwatakan watak hasil pembentangan kumpulan. · Guru dan murid bersama-sama membincangkan jawapan. | Objektif (i) tercapai | KBT: Kecerdasan Pelbagai |
3 | Tatabahasa: Ayat Perintah · Guru meminta murid menggarisi ayat-ayat perintah yang terdapat dalam teks drama. · Guru menjelaskan jenis-jenis ayat perintah. · Guru meminta murid mengenal pasti dan menyalin/menyenaraikan ayat perintah yang terdapat dalam teks drama. . | Objektif (ii) tercapai | Lampiran 4 Jawapan ayat perintah. KBT Klasifikasi |
4 | Penilaian dan Peneguhan · Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini. · Guru memberi penerangan dan penjelasan tentang isi pelajaran pada hari ni. | | |
LAMPIRAN 1: “MESIN HEMODIALISIS” (LPG 1)
LAMPIRAN 2 (a)
KAD SITUASI DAN MAIN PERANAN (LPG 2)
LAMPIRAN 3
WATAK DAN PERWATAKAN (LPG 3)
DRAMA HEMODIALISIS
Watak | Perwatakan |
Abah | |
Dr.Afif | |
Mama | |
Fatin Atiqah | |
Nabilah | |
LAMPIRAN AYAT PERINTAH
Senarai ayat perintah yang terdapat dalam teks.
- Pergilah ke tandas.
- Alah diamlah awak.
- Panggil sahaja Afif. Biar dia periksa.
- Jangan. Tak payah
- Awak pergilah jawab
- Alah...,jangan main-mainlah.
- Luangkan sedikit masamu, kerana ayahmu sedang memerlukannya.
- Ha...tengok tu..., dia tidak mahu.
- Abah..., ikut kata saya abah.
- Awak baliklah ke klinik awak tu.
- Awak tinggalkan sahaja pil atau apa-apa yang patut.
- Cuba abah fikir dan cuba abah lihat keadaan abah
- Mama, panggilkan Dr. Leong sekarang. Suruh dia ke sini terus.
- Tak payah. Abah kata tak payah. Buat apa susah-susah.
- Biarkan dia. Biarkan dia menasihati datuknya.
- Janganlah macam tu.
- Jangan.
- Nabilah, awak tolong bawa datuk awak ke klinik.
- Nanti dulu.
- Cuba awak cakap.
- Kamu baliklah ke klinik tu
- Panggil abang kamu di klinik. Suruh dia pulang segera.