SUMBER : ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN
LATIHAN: MERANGKA KARANGAN
CETAK ROMPAK
SOALAN | Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya. |
LANGKAH 1 | Menganalisis Soalan |
FORMAT | Perbahasan |
KATA KUNCI |
|
LANGKAH 2 | Merangka Karangan |
Pendahuluan | Jenis Definisi |
Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil. |
ISI | HURAIAN | CONTOH |
Sebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara. |
| penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagam-pawagam.VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 – RM20.00 sekeping |
Kurangnya pemantauan pihak berkuasa |
| pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak |
Kesan: Pelanggaran Hak Cipta |
| dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar. |
Membentuk perkembangan seni tanah air |
| menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman. |
Karyawan mengalami kerugian |
| Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta. |
Langkah :Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD |
| perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri |
Anjakan paradigma masyarakat |
| melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak |
Penutup :
PENANDA WACANA | PENYATAAN | SEBAB | HARAPAN |
Kesimpulannya | Semua pihak perlu terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak | jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap | mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif |
Peribahasa |
|