7 Feb 2012

KALA USIA BERTAMBAH ...renungkanlah

 

GURINDAM HANYA KEPADANYA..

by Rahmat Salihon on Tuesday, February 7, 2012 at 7:36am



Jangan ditakut akan kematian,
kerana itu fitrahnya kejadian.
Takutlah akan tiada amal ibadat,
kepada siapa hendak dipohon safaat.
Jangan ditakut kuasanya manusia,
kepada Allah jangan pula derhaka.
Fikir dan ingat kepada siapa kita berpulang,
hukum nasihatnyalah kita berpegang.
Al-Quran itu kata bicara Allah kepada umat,
berulang kali mengingat agar kembali dengan selamat.
Manusia tetap dengan sifat lalai leka,
bila hati dihibur seloka dunia.
Bila ujian Allah datang menyergah,
barulah sujud tunduk menyerah.
Yang hidung tinggi menunjuk gagah,
seperti jasadnya tak akan musnah.
                         
                                 Nukilan: Rahmat Salihon
                                 7 Februari 2012
                                 Selasa
                                 7.30 pagi