16 Jan 2012

Segala yang Tercinta Ada Di Sana

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana Tg3 PDF Cetak
Nota
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   
Rabu, 30 November 2011 18:49
Segala yang Tercinta Ada di Sana
(Zainal Rashid Ahmad)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.  Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.  Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.


Tema

Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.  Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka.  Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian. 

Persoalan

i.        Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.
Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit

ii.        Pendidikan agama dalam masyarakat.
Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat


iii.        Ketaatan kepada guru.
Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

iv.        Kemiskinan masyarakat di kampung
Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin.  Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Plot

i.        Permulaan
Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.

ii.        Perkembangan
Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

iii.        Puncak
Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

iv.        Peleraian
Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.



Teknik Plot

i.        Imbas Kembali
Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir.  Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung.

ii.        Dialog
Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.

iii.        Pemerian
Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

iv.        Kejutan
Contoh:  Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba. 



Watak Utama
Aku/kami
i.        Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung.

ii.        Rajin
Contoh:  Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom  dan Haji Salleh Pumpong.



iii.        Taat
Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Watak Sampingan
Hajah Tom
i.        Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

ii.        Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

iii.        Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.        Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v.        Kuat agama
Contoh:  Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.

vi.        Baik hati
Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.

vii.        Pemurah
Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.

viii.        Penyayang
Contoh:  Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak.  Penulis dan rakan-rakannya  juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.



Haji Salleh Pumpong
i.        Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

ii.        Berpengetahuan luas
Contoh:  Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.

iii.        Pembersih
Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

iv.        Penyayang
Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

Latar

Latar Masa
i.        Waktu subuh
Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.

ii.        Malam-malam pertengahan Ramadhan
Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut.

iii.        Pagi-pagi sebelum keluar rumah
Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.

iv.        Sebelum habis bulan pertama persekolahan
Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.
v.        Suatu hari kelam-kelam buta.
Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.
vi.        Tiga bulan kemudian
Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.

vii.        Awal Ramadhan
Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

Latar Tempat
i.        Kampung
Contoh:  Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

ii.        Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar
Contoh:  Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.

iii.        Surau
Contoh:  Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong.  Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.

iv.        Gubir
Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.




Latar Masyarakat
i.        Masyarakat kampong.
Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

ii.        Masyarakat miskin. 
Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

iii.        Masyarakat yang taat kepada guru .
Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.

iv.        Masyarakat yang prihatin.
Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya.  Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.

v.        Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.
Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya.

vi.        Masyarakat yang mengenang jasa.
Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.

Gaya Bahasa

i.        Kata Ganda
Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

ii.        Simile
Contoh:  Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

iii.        Pengaruh Bahasa Asing
Contoh:  bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.        Pengulangan kata
Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai

i.        Nilai ketaatan
Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

ii.        Nilai keprihatinan
Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

iii.        Nilai baik hati
Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.


iv.        Nilai mengenang jasa
Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

v.        Nilai kasih sayang
Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

vi.        Nilai kebersihan
Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.
Contoh:  Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

ii.        Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

iii.        Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.
Contoh:  Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.

iv.        Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.
Contoh:  Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.



v.        Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.
Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

Soalan

i.        Mengapakah orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit?

ii.        Bagaimanakah penulis dan rakan-rakan diajar cara untuk tidur lena?

Jawapan

i.        Orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit kerana mereka tidak mampu pergi ke klinik.

ii.        Penulis dan rakan-rakan menggunakan empulur sabut yang dipintal lalu diikat tebal-tebal pada hujung batang buluh bagi dijadikan berus untuk membersihkan lantai surau.
 

 
 ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid