GEMA SEPI GADIS GENIUS
(AZMAH NORDIN) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu. Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena. Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah. Tema Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer. Persoalan 1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer. Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal. 2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi. 3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi. 4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan. Plot
Permulaan Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Perkembangan Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Klimaks Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut. Peleraian Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah. Teknik penceritaan 1. Deskriptif (pemerian) Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4) 2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10) 3. Imbas kembali Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4). 4. Imbas muka Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17) Watak dan Perwatakan 1. Watak utama Basirah Ø Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun. Ø Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani. Ø Siswi dalam jurusan Sains Komputer. Ø Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu. Ø Seorang yang pintar dalam bidang komputer. 2. Watak sampingan Hanani Ø Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun. Ø Kakak kepada Basirah. Ø Seorang yang lincah dan kreatif. Ø Suka mengambil berat akan adiknya. Ø Mempunyai ramai kawan. Ø Seorang yang suka kegiatan rekreasi.
Latar Masa Ø Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana Ø Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah Ø Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal Perdana Tempat Ø Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer Ø Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana Ø Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak- kanak Ø Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains Komputer Masyarakat Ø Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer Ø Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi Ø Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung Gaya Bahasa 1. Metafora Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2) 2. Diksi Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8) Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2) Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11) 3. Hiperbola Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9) 4. Sinkope Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak) 5. Simplok Contoh: Dipuji macam bidadari Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16) 6. Perlambangan Contoh: Busut
Nilai 1. Nilai kasih sayang Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi Basirah yang ke-14. 2. Nilai berusaha Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya. 3. Nilai bertanggungjawab Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran 1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama. 2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. 3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita |
16 Jan 2012
Antologi Harga Sebuah Lukisan
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...