28 Dis 2011
27 Dis 2011
24 Dis 2011
CUTI UMUM 2012
Malaysian State & National Holidays 2012
Dates | Occasion | For |
1 January Sunday | New Year | All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu |
14 January Saturday | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan’s Birthday | Negeri Sembilan only |
15 January Sunday | Sultan of Kedah’s Birthday | Kedah only |
23 January Monday | Chinese New Year | Nationwide |
24 January Tuesday | Chinese New Year (2nd Day) | All states except Kelantan and Trengganu |
1 February Wednesday | Federal Territory Day | Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only |
5 February Sunday | Prophet Muhammad’s Birthday (Maulidur Rasul) | Nationwide |
7 February Tuesday | Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only |
4 March Sunday | Anniversary of Installation of Sultan of Trengganu | Trengganu only |
30 March Friday | Sultan of Kelantan’s Birthday | Kelantan only |
6 April Friday | Good Friday | Sabah & Sarawak only |
15 April Sunday | Declaration of Malacca as a Historical City | Malacca only |
19 April Thursday | Sultan of Perak’s Birthday | Perak only |
1 May Tuesday | Labour Day | Nationwide |
7May Monday | Hari Hol Pahang | Pahang only |
17 May Thursday | Wesak Day | Nationwide |
17 May Thursday | Raja Perlis’ Birthday | Perlis only |
30- 31 May Wed & Thu | Harvest Festival Pesta Kaamatan Sabah | Sabah & Labuan only |
1 – 2 June Fri & Sat | Sarawak Harvest Festival Hari Gawai Sarawak | Sarawak only |
2 June Saturday | Malaysian King’s Birthday Harijadi Agong | Nationwide |
17 June Sunday | Israk & Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only |
7 July Saturday | Georgetown Heritage Day | Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees. |
7 July Saturday | Penang Governor’s Birthday | Penang only |
20 July Friday | Sultan of Trengganu’s Birthday | Trengganu only |
21 July Saturday | Awal Ramadan Start of Muslim fasting month (bulan Puasa) | Johor, Kedah & Malacca only |
6 August Monday | Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only |
19 – 20 Aug Sun & Mon | Hari Raya Puasa * | Nationwide |
31 August Friday | National Independence Day Merdeka | Nationwide |
9 September Sunday | Sarawak Governor’s Birthday | Sarawak Only |
16 September Sunday | Malaysia Day & Sabah Governor’s Birthday | Nationwide Sabah |
14 October Saturday | Malacca Governor’s Birthday | Malacca only |
24 October Wednesday | Sultan of Pahang’s Birthday | Pahang only |
26 October Friday | Hari Raya Haji * Hari Raya Qurban | Nationwide |
27 October Saturday | Hari Raya Haji (2nd Day) * Hari Raya Qurban | Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only |
11 November Sunday | Deepavali or Diwali | Nationwide, except for Sarawak |
15 November Thursday | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Nationwide |
22 November Thursday | Sultan of Johor’s Birthday | Johor only |
11 December Tuesday | Sultan of Selangor’s Birthday | Selangor only |
25 December Tuesday | Christmas | Nationwide |
Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)
Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PMR 2011.
Tingkatan Empat bukan masa berehat
TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.
Belajar dari kesilapan dan cuba untuk memperbaiki pencapaian anda dalam peperiksaan yang jauh lebih penting iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan PMR ini akan melangkah masuk ke peringkat menengah atas.
Ramai yang berpendapat Tingkatan Empat ialah tahun 'honeymoon'. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Tiada istilah bulan madu atau 'honeymoon' dalam usaha memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya yang lebih mustahak.
Sebahagian soalan dikemukakan dalam peperiksaan SPM dalam semua mata pelajaran seperti Matematik, Sejarah, Biologi dan Sains ialah soalan dalam topik yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat walaupun peperiksaan SPM hanya diambil ketika mereka berada pada tahap Tingkatan Lima.
Justeru teruskan momentum kecemerlangan anda apabila melangkah masuk ke Tingkatan Empat. Dengan menguasai topik dalam apa jua mata pelajaran yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat, jadi beban untuk menguasai konsep sesuatu mata pelajaran yang diajar dalam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sedikit sebanyak dapat dikurangkan ketika mereka berada di Tingkatan Lima.
Di samping itu, strategi pembelajaran yang berkesan perlu dipraktikkan agar sesuatu konsep yang dipelajari dapat dikuasai untuk jangka yang panjang.
Pelajar Tingkatan Tiga yang bakal memasuki Tingkatan Empat kebiasaannya akan memilih aliran yang mereka minati. Kebiasaannya pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam PMR lebih cenderung memilih aliran sains tulen dan kejuruteraan.
Pelajar yang berada dalam kumpulan yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk memilih aliran vokasional dan sebagainya. Justeru, pelajar perlu bijak memilih aliran mengikut tahap kebolehan dan minat mereka.
Jangan memilih aliran tertentu disebabkan mengikut kawan sedangkan diri sendiri tidak berminat dengan aliran berkenaan.
Banyak kajian yang membuktikan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga terdapat sebilangan pelajar yang memilih aliran yang lebih ‘glamour’ seperti sains tulen dan kejuruteraan sedangkan aliran itu tidak sepadan dengan tahap kemampuan mereka. Jadi pelajar perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya aliran yang bakal dipilih tidak menjadi beban untuk diikuti sehinggalah ke peperiksaan SPM.
ABDUL HALIM ABDULLAH,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor.
Sumber: http : //www.bharian.com.my/
23 Dis 2011
Keputusan PMR 2011 Negeri Sembilan
SEREMBAN 22 Dis. – Seramai 1,707 daripada 18,117 calon sekolah kerajaan di negeri ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri (JPNS), Pkharuddin Ghazali memberitahu, dari jumlah berkenaan seramai 296 calon mendapat 9A, 1,192 mendapat 8A manakala selebihnya memperoleh 7A.
Katanya, jumlah itu memperlihatkan peningkatan 9.4 peratus iaitu sebanyak 220 pelajar berbanding pada 2010 iaitu seramai 1,487 pelajar.
“Gred Purata Negeri (GPN) bagi PMR di Negeri Sembilan ialah 2.66 berbanding 2.70 peratus pada 2010. Gred Purata Nasional ialah 2.71 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pkharuddin menjelaskan, pelajar dari calon sekolah kerajaan yang mencapai tahap penguasaan minimum iaitu D bagi semua mata pelajaran meningkat kepada seramai 12,566 pelajar berbanding tahun sebelumnya 11,991 pelajar.
“Prestasi cemerlang semua A bagi pelajar sekolah kawasan bandar dan sekolah luar bandar tahun ini juga meningkat, masing-masing naik 14 peratus dan 5.9 peratus.
“Sekolah di bandar tahun ini yang mendapat semua A adalah seramai 1,102 pelajar manakala sekolah luar bandar seramai 605,” jelasnya.
Pkharuddin turut memberitahu, sebanyak 10 mata pelajaran daripada 15 yang ditawarkan menunjukkan peningkatan peratusan pencapaian pada tahun ini.
Antara mata pelajaran itu katanya, ialah Bahasa Punjabi, Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan, Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal dan Kemahiran Hidup Pertanian.
“Turut meningkat ialah Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik,” kata beliau.
Sumber: Utusan

22 Dis 2011
Lagi Berita PMR 2011
PUTRAJAYA 22 Dis. - Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.
Bagi Bahasa Cina, sekalipun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing. - BERNAMA

KEPUTUSAN PMR NEGERI-NEGERI
Keputusan PMR 2011 34,271 calon dapat Gred A semua mata pelajaran
- 0
- Sharebar
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini Khamis.
Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.
Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.
Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.
Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.
“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.
Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata keputusan PMR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh lapan tahun,
Beliau berkata pencapaian calon PMR bagi Wilayah Persekutuan meningkat berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada tahun 2010 dan nilai GPN WP iaitu sebanyak 2.54 mengatasi GPN (2.71) yang juga pencapaian terbaik bagi peperiksaan PMR setakat ini.
Terdapat 22,449 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 2,296 calon, meningkat daripada 2,103 pada tahun lepas.
Enam sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di KUALA TERENGGANU, keputusan peperiksaan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas dan daripada 23,630 calon, 1,746 (7.8 peratus) memperolehi dalam semua mata pelajaran.
Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, prestasi Gred Purata Negeri tahun ini meningkat kepada 2.57 berbanding tahun lepas 2.58.
“Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tangga teratas 26 buah sekolah mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi (GPS 1.00 – 1.80), berbanding 25 buah tahun lepas,” katanya.
Di SEREMBAN, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata seramai 12,566 calon sekolah kerajaan telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam semua mata pelajaran yang diambil.
“Ini merupakan satu peningkatan 1.7 peratus jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010,” katanya.
Pkharuddin berkata bilangan calon sekolah kerajaan yang berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A di negeri itu meningkat 220 orang kepada 1,707 orang calon, berbanding 1,487 pada 2010.
Di PERAK, tahun ini juga adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Negeri 2.74 mata.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata, daripada 41,015 calon tahun ini, mereka yang berjaya mendapat semua A dalam PMR adalah seramai 3,513 orang berbanding 3,017 orang tahun lepas.
“Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam,” katanya.
Di PULAU PINANG, Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata keputusan pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2010 iaitu sebanyak 2,103 orang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil
“Gred Purata Negeri pula menunjukkan prestasi positif dengan mencatatkan 2.65 berbanding 2.70 tahun lepas,” katanya.
Di ALOR SETAR, keputusan bagi Kedah menunjukkan peningkatan cemerlang apabila 23,697 daripada 35,829 calon mendapat pencapaian tahap minimum bagi semua mata pelajaran manakala peratusan pencapaian calon bandar dan luar bandar menunjukkan jurang yang kecil berbanding tahun lalu iaitu 12.70 peratus berbanding 18.63 peratus tahun lalu.
Di KANGAR, Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa, berkata kelulusan yang dicatatkan tahun ini ialah 63.70 peratus apabila 2,878 calon mencatat pencapaian gred A, B, C dan D berbanding 59.75 peratus tahun lalu manakala 76 calon mendapat 9A, 240 mendapat 8A dan 11 mendapat 7A.
Sebanyak 20 buah sekolah menghasilkan sekurang-kurangnya seorang calon mendapat semua A berbanding 17 buah sekolah tahun lalu.
Di MELAKA, Pengarah Pelajaran Melaka Datuk Mohamad Yusof Osman berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon tahun ini dalam 14 mata pelajaran adalah terbaik.
Di KOTA BAHARU, peratus kelulusan calon dari sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran meningkat 0.98 peratus berbanding tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata sebanyak 67.73 peratus daripada 19,962 calon mendapat kelulusan minimum D bagi semua mata pelajaran yang diambil berbanding 66.75 peratus pada tahun lepas.
Di SABAH, peratusan kelulusan di negeri itu meningkat kepada 63.06 peratus melibatkan 23,782 calon berbanding 59.14 peratus tahun lepas melibatkan 21,928 calon.
Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata jumlah calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 1,025 orang berbanding 870 orang sebelumnya.
Di KUCHING, calon PMR dari Sarawak mencatat pencapaian yang terbaik bagi negeri itu, dengan kelulusan 68.97 peratus, berbanding empat tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam berkata 1,948 calon mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diduduki manakala 26,946 mencapai kelulusan minimum.
Di KUANTAN, Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin berkata daripada 25,658 calon yang mendaftar, 1,782 mendapat semua A manakala 16,340 berjaya menguasai semua mata pelajaran.
“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 0.075 peratus kepada 0.004 peratus pada tahun ini,” katanya.
Menurut Yahya keseluruhan pencapaian PMR di Pahang menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Pendidikan Islam.
–BERNAMA
ANALISIS KEPUTUSAN PMR 2011
Tahniah kepada semua candidate yang terlah berjaya dengan cemerlang dalam keputusan PMR yang diumumkan pagi tadi. Berikut adalah analisis keputusan PMR untuk tahun 2011.
Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah menengah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.
Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Pendidikan di peringkat menengah rendah merupakan kesinambungan pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat menengah atas untuk menyediakan peluang pendidikan yang seluas-luas dan seadil-adilnya. Pendidikan ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Maklumat pencapaian akademik calon bukan sahaja menunjukkan tahap penguasaan calon dalam mata pelajaran tertentu malah dapat membantu mereka membuat pilihan jurusan yang sesuai dengan minat dan potensi mereka di peringkat menengah atas. Pelbagai jurusan ditawarkan di peringkat menengah atas seperti kemanusiaan, agama, sains, teknikal dan vokasional.
Pada tahun ini, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki PMR bertambah sebanyak 0.1% berbanding tahun 2010 dan perinciannya ditunjukkan dalam Jadual 1. PMR telah dilaksanakan dalam dua bentuk, iaitu peperiksaan pusat dan pentaksiran berasaskan sekolah. Peperiksaan pusat telah dilaksanakan pada 4 hingga 11 Oktober 2011. Untuk mentadbir peperiksaan ini, sejumlah 3,521 pusat peperiksaan telah disediakan yang melibatkan 35,190 orang petugas peperiksaan. Seramai 11,603 orang pemeriksa telah dipertanggungjawabkan untuk memeriksa skrip jawapan calon.
Jadual 1: Calon yang Mendaftar PMR 2011
Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Jadual 2 menunjukkan pencapaian keseluruhan calon PMR dari 2008 hingga 2011.
Jadual 2: Pencapaian Keseluruhan Calon PMR dari 2008 hingga 2011
Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) iaitu daripada 30,863 orang (7.02%) pada tahun 2010 kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.
Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin baik. Data dalam Jadual 3 memberi perincian pencapaian calon bandar berbanding calon luar bandar.
Jadual 3: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar
Pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat diukur dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap penguasaan minimum. Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mataberbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.
Pencapaian Calon Berkeperluan Khas
Calon berkeperluan khas juga mendapat peluang yang sama dengan calon-calon yang lain untuk menduduki peperiksaan. Pada keseluruhannya, pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas (Rujuk Jadual 4).
Jadual 4: Pencapaian Keseluruhan Calon Berkeperluan Khas
Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Daripada Jadual 4, bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki PMR pada tahun ini berkurang seramai 35 orang. Pencapaian calon cemerlang (semua A) meningkat kepada 12 orang berbanding 5 orang pada tahun 2010, manakala calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada tahun 2010.
Prestasi Mata Pelajaran
Pada keseluruhannya, kebanyakan mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR 2011 menunjukkan prestasi yang stabil. Semua mata pelajaran menunjukkan kenaikan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam. Prestasi setiap mata pelajaran boleh dirujuk pada Lampiran A.
Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Melayu bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3% dari 27.6% pada 2010 kepada 26.3% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2% dari 66.5% pada tahun 2010 kepada 67.7% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata.
Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Bahasa Inggeris bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8% dari 17.6% pada 2010 kepada 18.4% pada 2011. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3% pada tahun 2011. GPMP Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Mathematics bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Mathematics bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3% dari 28.9% pada 2010 kepada 30.2% pada 2011. GPMP Mathematics menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.04 mata.
Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Science bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Science bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Science bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% dari 21.7% pada 2010 kepada 25.7% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum meningkat sebanyak 0.6% iaitu 5.7% pada tahun 2010 kepada 6.3% pada tahun 2011. GPMP Sciencemenunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.09 mata.
Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Sejarah bagi Tahun 2010 dan 2011
Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan GPMP Sejarah bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Sejarah bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9% dari 21.3% pada 2010 kepada 20.4% pada 2011. Walau bagaimanapun peratus calon yang tidak melepasi pencapaian minimum menurun sebanyak 2.6% iaitu 7.3% pada tahun 2010 kepada 4.7% pada tahun 2011. Ini menunjukkan peratusan calon yang menguasai tahap minimum Sejarah telah meningkat. GPMP Sejarah menunjukkan peningkatan dengan penurunan 0.05 mata.
Pendidikan Kesenian
Tahun ini merupakan tahun ketiga Kementerian Pelajaran menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam peperiksaan PMR. Sebanyak empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual dipelajari oleh calon di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak. Pencapaian keempat-empat bidang kesenian tersebut telah ditaksir oleh guru masing-masing dan pentaksir luar yang terdiri daripada tenaga pengajar dari Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pencapaian calon ditaksir berdasarkan standard prestasi dengan empat band daripada Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi).
Jadual 10: Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian
Jadual 10 di atas menunjukkan pencapaian dalam semua bidang kesenian yang ditaksir. Bidang Seni Visual menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan calon memperoleh Band 4, diikuti Tari, Teater dan Muzik. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon tersebut sangat baik dan bakat mereka boleh terus digilap semasa di Tingkatan Empat sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Tingkatan Lima dalam enam bidang kesenian yang lebih khusus iaitu Seni Halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.
Calon-calon Sekolah Seni Malaysia yang menduduki PMR akan menerima Slip Keputusan dan juga Sijil Pendidikan Kesenian yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil ini mempunyai nilai tambah kepada keputusan PMR dan boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan bidang seni.
(Dipetik dari Pengumuman Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 22 Disember 2011).
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,bersatu memikul beban dakwah-Mu,hati-hati telah mengikat janji untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan tawakkal kepada-Mu..Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik-pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong
Konserto Terakhir ganti Interlok
KUALA LUMPUR: Novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, akan menggantikan novel "Interlok" sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
"Novel Konserto Terakhir sudah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai dan mutu karya yang dihasilkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan penggunaan novel Interlok yang juga karya Abdullah, sebagai teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.
Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetangah masyarakat selain bagi mengelak pihak tertentu daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir yang pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. - BERNAMA
21 Dis 2011
Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat Mu, serta badan yang ringan menyempunakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya hingga kami tidak gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;walau sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat. Perkenankanlah Ya Allah. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
20 Dis 2011
Muhasabah Diri.
Maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu.
Sejarah Islam melakarkan pelbagai peristiwa untuk dijadikan iktibar. Banyak kemurkaan Allah bermula apabila maksiat dilakukan secara terbuka. Malah kini banyak tempat dijadikan pusat maksiat secara terbuka.
Maksiat secara terbuka perlu dicegah kerana apabila maksiat itu dianggap biasa, kita sebenarnya sedang memanggil azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah dosa purba dulu kala yang sudah dimodenkan.
Lihat saja kisah kehancuran kaum Nabi Luth yang dirakamkan al-Quran: “Adakah patut bagi kamu mendatangi lelaki (homoseksual) dan menyamun di jalan raya dan kamu membuat kemungkaran di tempat pertemuan kamu. Maka tidaklah ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Datanglah kepada kami azab Allah itu, jika sungguh engkau dari orang yang benar.” (Surah al-Ankabut, ayat 29)
Ketika menafsirkan ayat ini, Al-Isfahani dalam kitab al-Mufradat fi Gharib al-Quran menceritakan tempat masyarakat awam berkumpul iaitu tempat kaum Nabi Luth melakukan maksiat secara terbuka dan diketahui umum.
Rentetan peristiwa maksiat secara terbuka, akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat pedih ke atas kaum Nabi Luth. Ini menggambarkan kepada kita, menzahirkan maksiat secara terbuka sama seperti kita mencabar Allah SWT untuk menurunkan azabnya.
Bagaimana pula orang yang menghadiri tempat maksiat tetapi tidak melakukan perbuatan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh, Allah sudah menurunkan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka jangan kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentu kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam Jahannam.” (Surah an-Nisa’, ayat 140)

Renungan Buat Hati: Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana
Renungan Buat Hati: Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana: Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana (Cahaya Mukmin) Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkuma...
17 Dis 2011
16 Dis 2011
Sesiapa Yang Memenuhi Ajakan Allah SWT Akan Memperolehi Semua Kebaikanm
by Abu Basyer on Sunday, December 11, 2011 at 12:24am
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Saidina Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar r.a terdapat enam persimpangan :
Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,
Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat
Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,
Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat
Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.
Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,
Huraiannya :
Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama.
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Wahai Iblis, terangkan kepadaku siapakah golongn umatku yang menjadi kawan baikmu?"
Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, ada sepuluh golongan yang menjadi sahabat karibku antaranya :
1.Imam (pemerentah) yang zalim.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Saudagar yang khianat (menipu dalam perniagaan).
4.Peminum arak.
5.Tukang fitnah (ini termasuk semua jenis manusia tidak kira apa pangkat dan darjatnya sekalipun).
6.Pelacur.
7.Pemakan harta anak yatim.
8.Umatmu yang mempermudahkan solat (tidak melaksanakan solat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat).
9.Manusia yang engan membayar zakat.
10.Orang yang banyak berangan-angan (malas bekerja mencari rezeki). "
Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Apabila jiwa sakit kerana fujur (membawa kepada kesesatan dan suka kepada maksiat) disebabkan oleh gangguan-gangguan jiwa yang telah berlarut-larut sehingga mencapai puncaknya tanpa suatu penyelesaian secara wajar atau hilangnya keseimbangan mental secara menyeluruh, akibat suasana lingkungan yang sangat menekan, jiwa yang sakit, jiwa yang kotor, ketegangan batin dan sebagainya.Maka jiwa yang sakit ini boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan dan boleh membahayakan diri dan nyawanya.
Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Nafsu Ammarah Bissu' adalah nafsu yang sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak menghalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!”. Nafsu lebih cenderung untuk memenuhi syahwat.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, melakukan zina, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.
Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat
Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah An-Naaziat ayat 37-39)
Merenungkan ayat-ayat al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat. Jika dunia yang dikejar maka akan hilanglah akhiratnya.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)
Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Anggota tubuh manusia suka kepada maksiat dan melakukan noda dan dosa apabila tidak didorong dengan iman dan takwa kepada Allah SWT. Terutama lidah dan kemaluan manusia.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW besabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya.” (Hadis riwayat Tarmizi)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Sungguh orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal” (Surah al-Kahfi ayat 107)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga 'Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut terhadap Tuhannya." (Surah al-Bayyinah ayat 7-8)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama patuh dan tunduk kepada Allah SWT laksnakan perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya nescaya kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Jauhi lima perkara yang boleh menjauhkan kita daripada kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat iaitu godaan iblis dan syaitan, jiwa yang fujur (membawa kesesatan dan maksiat), hawa nafsu syahwat yang dituruti, dunia yang melalaikan dan menipu dan anggota badan yang cenderung kepada maksiat. Sekiranya kita berjaya mengatasi lima perkara ini dan sentiasa kembali kepada ajakan Allah SWT maka pasti kita akan mendapat kejayaan yang besar iaitu memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT
by Abu Basyer on Friday, December 16, 2011 at 12:13am
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Huraiannya :
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.
Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.
Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)
Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )
Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."
Nabi SAW bersabda, “Aku beritahukan kepadamu tiga macam dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah SWT, tidak patuh kepada kedua orangtuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masaalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.
Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga.
Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Menghasut, mengadu domba, atau memprovokasi, dalam Islam disebut namimah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Hakikat namimah ialah menyebarkan rahsia, mengadu domba dan mengumpat. Tidak seharusnya setiap keadaan yang tak disukai disampaikan ke orang lain, kecuali jika ditujukan untuk kemaslahatan kaum muslimin atau menolak kemaksiatan, seperti kesaksian di pengadilan.
Selain ancaman tidak masuk syurga, penghasut dikecam sebagai manusia paling buruk perilakunya. Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang paling buruk perilakunya di antara kalian? Yaitu, orang yang berjalan di atas muka bumi seraya menghasut, yang merosak di antara orang-orang yang tadinya saling mencintai, dan hanya ingin memceritakan aib orang-orang yang tidak bersalah.''
(Hadis Riwayat Ahmad).
Menghasut sangat berbahaya jika dibiarkan berlaku di dalam kehidupan sosial.
Pertama, munculnya benih saling mencurigai di antara sesama muslim.
Kedua, jatuhnya nama baik dan martabat seseorang.
Ketiga, terciptanya kekacauan, ketakstabilan, dan ketidakharmonian dalam hubungan sosial.
Rasulullah SAW mengecam orang-orang munafik di Madinah kerana perilaku kotornya yang suka menghasut ketika baginda berhijrah. Kebiasaan menghasut sepertinya sudah menjalar dan meluas di negeri kita pada masa ini. Melahirkan banyak bloger-bloger politik yang tidak bermoral dan sanggup menabur fitnah, maki hamun dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim".
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam baginda bersabda : "Seorang muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat an-Nasaie)
Oleh itu jauhilah daripada segala bentuk perbuatan, percakapan, tulisan dan amalan yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan memutuskan silaturahim, mengadu domba, menghasut, memfitnah, mengumpat dan menimbulkan permusuhan bukan sahaja mendapat dosa besar tetapi akan mendapat laknat Allah SWT dan tidak akan mencium bau syurga.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi diri kita daripada tiga jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat seperti hadis di atas. Untuk menjauhi daripada laknat Allah SWT perlulah kalian melakukan; pertama, mengasihi kedua ibu bapa kalian jangan menderhakainya dan berbaktilah kepada mereka jika mereka masih hidup dan jika mereka sudah meninggal dunia doakan mereka dan buatlah amal soleh untuk mereka. Kedua, jauhilah dan jangan cuba untuk mendekati wanita yang sudah berkahwin dengan tujuan-tujuan yang tidak bermoral, jika terdapat ruang-ruang fitnah cubalah menutupnya. Jika berhajat untuk mencari pasangan hidup carilah janda atau gadis yang masih belum berpunya dan gunakanlah cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Ketiga, janganlah sekali-sekali memecah belahkan perpaduan umat Islam. Jadikanlah diri kita sebagai penyelamat umat, pendakwah yang jujur dan ikhlas dan berjuang semata-mata mencari keredaan Allah SWT bukannya untuk mendapatkan nama, pujian dan kedudukan dalam masyarakat.

15 Dis 2011
Servis Aircond
Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..
Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?
1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A
2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)
3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran
4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'
tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis
1. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
2. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
3. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung
biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..
kos servis
kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus. . Kalau part2 semua dah out, memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++
Kadang-kadang selepas servis aircond enjin kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-automotif/11706-info-utk-pemilik-kereta-penting.html#post168670

Kereta Untuk Perjalanan Jauh (Alignment + Balancing + Rotation)
Drive Shaft Kanan |
Kalau nak tambah lagi kelancaran kereta perlu dibuat (Alignment + Balancing + Rotation) kat bahagian tayar. Kereta akan lancar untuk perjalanan jauh ditambah dengan jalan yang bengkang bengkok. Semua ni boleh dilakukan di kedai tayar di sekitar anda.
Apa tu alignment, balancing, rotation. Ikut fahaman aku dari kedai tayar.
rotation - tukar tayar depan ke belakang dan belakang ke depan
balancing - check semua tayar tadi samada lurus pusingan atau senget(gelung). Biasa diorang buat pakai mesin.
alignment - membetulkan arah tayar samada selari dengan stereng ketika lurus atau membelok. Ini pun mereka pakai mesin dan biasa mereka adjust pada skru sepanjang jari hantu di bahagian tepi rim (skru tu biasa mahal untuk di tukar mengikut jenis kereta).
* untuk lebih detail boleh rujuk di google.
Dari bahagian belakang kereta |
Bawah enjin |
Tips Penjagaan Enjin Kereta
Untuk membersihkan enjin,
1* jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.
2* Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
3* Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan
i. tali kipas
ii. paip getah
iii. kabel elektrik.
4* Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti
i. alternator (motor penghidup)
ii. generator
iii. gegelung penghidup
iv. pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.
5* Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
6* Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.
Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang.
7* Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.
Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.
Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
8* Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.
Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.
*** Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.
Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.
Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.
Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
Enam Cara Penjagaan Tayar
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
14 Dis 2011
Doa Menolak Banjir / Agar Hujan Dialihkan
Daripada Aisyah r.anha beliau berkata bahawa apabila Rasulullah S.A.W melihat hujan, baginda berdoa seperti doa di atas.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari
Melalui riwayat Ibnu Majah pula disebutkan bahawa doa tersebut dibaca sebanyak dua atau tiga kali.(Tafsir al-Azkar m.s 304)
- Makna doa sebagaimana di dalam buku Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar m.s 158. الأ َوْدِيَةِ : tanah lembah -> ٣٨٥ – قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو
مَنـْـبـِتٌ : tempat tumbuh, pangkal, semai -> ٢٩٤ – قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو
Hadis berkaitan:
Maknanya:
“Bahawa ada seseorang masuk masjid pada hari Jumaat dari pintu yang searah dengan Darul Qadha’ (balai pengadilan), sementara Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah.
Dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan berdiri dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, harta benda telah hancur, tanam-tanaman telah rosak, berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan kepada kami.
Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangan baginda dan berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami, ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami, ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami.”
Demi Allah, saat itu kami tidak melihat ada awan atau mega sedikitpun di langit, sementara antara kami dengan bukit Sila’ tidak ada rumah atau bangunan satu pun.
Dari belakang baginda muncul awan gelap seperti perisai. Setelah awan gelap tersebut menutupi langit, turunlah hujan.
Demi Allah, seminggu lamanya kami tidak melihat matahari.
Kemudian pada hari Jumaat berikutnya orang itu masuk dari pintu yang sama sementara Rasulullah s.a.w. berkhutbah.
Dia menghadap baginda dengan berdiri dan mengatakan, Wahai Rasulullah, harta benda telah hancur, tanam-tanaman telah rosak, berdoalah kepada Allah untuk menghentikannya.
Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangannya dan berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan bukan kepada kami. Ya Allah, turunkanlah hujan pada tanah gersang, tanah tandus, dasar lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.”
Hujan pun berhenti. Kami keluar dan berjalan di bawah sinar matahari.”
Lafaz hadis ini demikian di dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim. Hanya saja dalam riwayat Bukhari disebutkan dengan lafaz Allahummas-qina sebagai pengganti lafaz aghitsna.
Banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari hadis ini. Semoga Allah memberikan taufik.
(Tafsir al-Azkar m.s 305 – 307)
Penjelasan Dan Cara Beramal:
Turunnya hujan adalah tanda rahmat Allah untuk semua makhluk-Nya. Namun begitu, kadang-kadang kita perlu memohon kepada Allah agar diturunkan rahmat-Nya itu di tempat lain, buat sementara waktu untuk memastikan kelancaran program sukan, merentas desa atau majlis perkahwinan yang diadakan di tempat terbuka. Sebenarnya kita terus meminta turunnya rahmat tanpa sekatan, cuma permintaan kita supaya dialihkan ke tempat lain. Insya-Allah dengan izin-Nya diperkenankan permintaan kita dan program dapat berjalan sebagaimana yang dirancang. (Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar m.s 158)
Pautan Berkaitan:
Doa yang dibaca ketika jalan-jalan terhalang kerana banjir akibat hujan yang berterusan.
Rujukan:
1. ealqamus
2. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره.قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو. بيروت : دار الفكر
3. ١٩٨٥ .ايچ. فرقان احمد الانصري. دعا دان ذكر رسول الله
Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. m.s 70
3. Imam An-Nawawi. Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi. 2010. Selangor Darul Ehsan: Al-Hidayah Publication. Halaman 304-306.
4. Siti Nor Bahyah Mahamood, Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar. 2006. Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. m.s 158
Sumber : Blog ArabMykrk.Com
Adakalanya diam itu lebih baik dari berkata-kata..
Kerana diam itu dapat melindungi diri dari tersalah kata..
Namun adakalanya berkata-kata itu lebih baik dari berdiam diri..
Kerana, bila kemungkaran berlaku dihadapan mata..
Kata-kata mutiara lagi berhikmah sangat bermanfaat utk menghentikannya..InsyaAllah..
Subhanallah Ya Allah..berilah kami kekuatan utk melakukan kebaikan dan sentiasa menegakkan kebenaran..Aamiin Allahumma Aamiin.
13 Dis 2011
Antologi Harga Sebuah Lukisan
MENGIKUT GENRE
Bil | Jenis Genre | Antologi Harga Sebuah Lukisan |
1 | Puisi tradisional | · Pantun Empat Kerat (Muafakat) · Pantun Nasihat (Bersatu hati) · Pantun Berkait (Bekerja) · Syair Panduan Untuk Para Remaja · Syair Berbuat Jasa · Syair li-Attar Gaib |
2 | Sajak | · Fragmen Sebuah Kehidupan · Kata-kata · Keusangan Budaya · Seorang Insan Istimewa · Pesan Buat Anak-anak Merdeka · Rumput |
3 | Prosa Tradisional | · Hikayat Seri Kelantan · Hikayat Patani · Hikayat Marakarma · Kuda Janggi Gerdana |
4 | Cerpen | · Mutiara Bonda · Segala Yang Tercinta Ada Di Sana · Harga Sebuah Lukisan · Budi Semangkuk Daging · Mencari Nafas Baru |
5 | Drama | · Sebuah Perjuangan · Cabaran |
Jumlah Karya | 23 |
Jadual A
Dicatat oleh: Guru Cemerlang BM : Cikgu Samat Buang
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...