Anda telah membaca sebuah novel yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Huraikan nilai-nilai kemanusiaan dalam novel yang anda baca dan berikan contoh-contoh yang sesuai.
Novel yang saya baca ialah Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusuf
Nilai kemanusiaan:
1. Kegigihan• Julia begitu gigih membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Berkat kegigihannya, Julia lulus dengan cemerlang. Akhirnya, Julia ditawarkan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam peringkat matrikulasi.
2. Bertanggungjawab• papa telah menunjukkan sifat bertanggungjawabnya terhadap mama. Semasa mama jatuh koma, papalah orang yang membuat keputusan untuk membawa mama pulang ke rumah supaya dirinya dapat berdampingan dengan mama di samping menjaganya.
3. Ketabahan• Julia dan papa telah tabah menghadapi realiti behawa anak kembar siam yang dilahirkan oleh mama meninggal dunia selepas dilahirkan. Mereka juga tabah menerima kenyataan bahawa mama koma selepas melahirkan anak kembar siamnya.
4. Pengorbanan• mama sedia menerima risiko bahawa dirinya yang menghadapi komplikasi sekali lagi dengan mengandung buat kali yang kedua atas permintaan papa. Baginya, pengorbanan itulah yang perlu dilakukannya demi membahagiakan papa dan sekaligus mengekalkan kebahagiaan rumah tangga mereka.
5. Dedikasi• Intan Maliana yang bekerja sebagai guru Matematik di Sekolah Menengah Seri Gading bagi Tingkatan 1 hingga 3. Sifat Mama yang bertanggungjawab dan cara pengajarannya yang efektif menyebabkan mama disukai oleh pelajarnya.