23 Okt 2011

USAH DITAMBAH DAN MENJADI PENAMBAH BARA YANG DISIMPAN

Sudah lama  mencari senikata lagu ini. Amat Puitis sekali……
Lagu hasil tulisan lirik Lukhman S ini amat menyentuh jiwa. Memberi gambaran yang sangat jelas tentang perasaan amarah dan kecewa dengan seseorang yang tidak pernah surut, sampaikan mendengar nama pun menjadi beban yang amat berat.  Tertutup sudah pintu hati dek kerana kisah silam yang amat menyentuh jiwa dan penuh dengan kepahitan dan amat menghiris perasaan. Umpama dengan pinggan yang retak tidak elok untuk hidangan.

 
Elly Mazlein (Azmeer / Lukhman S) Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan
Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku
Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan
Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu
 
Sekadar lagu 
Petikan Blog Catatanctie's blog