Kerana dunia sekarang ini terlalu banyak pengaruh buruk contohnya dari cerita televisyen, bahan bacaan yang tidak berilmiah dan rakan – rakan yang nakal. Berikutan dengan kemajuan pesat internet, dengan pelbagai teknologi seperti laman sosial dan pengaruh bahan ekstreme serta lucah boleh memburukan lagi keadaan. Namun, anda jangan anggap ia sebagai beban atau cabaran tetapi sebagai tanggungjawab. Langkah pertama untuk ajar anak anda bersopan adalah ajar mereka untuk rendahkan suara ketika berkata – kata.
ajar anak ucapkan salam, terima kasih, Alhamdulillah dan ucapan yang baik – baik sahaja. Selalunya perlakuan seseorang itu di pengaruhi oleh apa yang dia selalu fikir dan kata. Apabla anda ajar mereka untuk berkata – kata perkara yang baik sahaja, insyaAllah perlakuan mereka juga akan jadi baik. Sekecil-kecil perbuatan adalah bermula dari ucapan tersebut. Jika baik kata dan ucapannya maka begitu juga dengan perbuatan yang dilakukannya.
Adab sopan bermakna mereka perlu tahu hormat pada yang lebih tua. Ajar mereka supaya jangan tinggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebh tua dari mereka. Didik mereka untuk kawal perasaan marah dan sentiasa senyum walaupun sedang marah. Marah sentiasa menjadikan kita hilang adab sopan.
Tip Mengajar anak
Apabila kita berjaya mengawal perasaan marah, kita akan jadi lebih tenang dan akan sentiasa menjaga adab sopan. Anda perlu sentiasa cuba menjadi teladan yang baik pada mereka. Apabila mereka melihat anda berperangai baik, mereka juga akan menirunya. Apa yang cuba disampaikan ini adalah nampak biasa dah mudah, namun hakikatnya jika ia dipandang ringan ia akan memberi impak yang besar pada masa akan datang. Anda sendiri boleh lihat perangai dan tabiat sesorang anak dipengaruhi ibu bapa tersebut dan majoriti hasilnya adalah datang dari perawatakan ibu bapa itu sendiri terhadap sikap anak mereka.Anda perlu ingat walaupun anak anda sudah masuk ke umur peringkat remaja, ia masih belum terlambat untuk mendidik mereka menjadi manusia yang beradab sopan. Cuma anda perlu tegas, fokus dan sabar kerana ketika ini anak anda mungkin memberontak dan ego. Apa yang perlu anda lakukan, dalam setiap tindakan untuk membimbing anak perlulah dilakukan dengan cara yang halus dan lembut. Sebelum itu anda haruslah melakukan sisatan terlebih dahulu terhadap anak anda tentang kemahuan dan permasalahannya. Jangan bersikap membuta tuli dalam membuat keputusan atau madah kepada anak anda tanpa anda sendiri cuba memahami keadaanya. Anak akan memberontak bila keinginan dan kemahuan dicanggah. Walaupun ia salah dan si anak tidak memahami akibat perbuatannya, menengking dan memarahi bukanlah caranya.
Anda perlu sedar, anak-anak masa kini lebih pintar dan mudah terdedah kepada persekitarannya. Oleh itu, anda perlu beri perhatian ke mana ia pergi. Situasi dan persekitran adalah merupakan punca utama anak berubah. Jika elok persekitrannya, maka eloklah juga tindakkannya. Persekitaran yang di maksudkan disini adalah pergaulan dan pendedahan sekeliling terhadapnya. Lebih baik memberi perhatian keadannya daripada mencari kesalahannya.
Artikel : Tips mengajar anak.