19 Okt 2011

Teruskanlah meminta dan berharap kepada Allah kerana Ia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan anda yang memilih apa yang akan terjadi pada diri anda tetapi Allahlah yang berhak memilihkannya untuk anda. Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa anda itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang anda minta daripada-Nya..