Senyuman Rasululllah S.a.w adalah senyum tanda kasih sayang dan keikhlasan. Penyejuk di kala kehausan dan penyuntik semangat di kala keletihan. Seorang sahabat bernama Ibnu Jarir bin Abdullah al-Bajili RA berkata: Rasulullah S.a.w tidak pernah bertemu denganku, melainkan dalam keadaan tersenyum kepadaku. Betapa manis kenangan yang ditinggalkan Rasul-Nya di hati Ibnu Jarir. Kita semua tidak pernah merasai apa yang beliau rasa. Begitu cemburunya hati kita kerana tidak mendapat apa yang diperoleh Ibnu Jarir RA....SENYUMLAH saudaraku!:-)