Saya di sini

PERANAN WANITA DALAM MELAHIRKAN GENERASI BERKUALITI

KARANGAN CONTOH 1

Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti
Oleh: Hassan bin Mohamed

Kita sering mendengar slogan yang berbunyiPemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakanTangan yang menghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia
. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan perbicangan selanjutnya. Rangkai kata peranan wanitadapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan melahirkanpula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai katagenerasi yang berkualiti merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih  sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun 2004  membuktikan kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerahIbu Mithali yangdisediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-katakasih ibu membawa ke syurga
dan‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu
.Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk  warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita mampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat
Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setanding kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalanKepemimpinan Teladan. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar negara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang GabenorBank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa. Dalam menyahut seruan Malaysia Bolehmisalnya, kita berbangga
dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanita pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranan dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan generasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.