Memperbanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan2 yg Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba2 Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah..