Kita memilih untuk menelan kepahitan kerana janji kemanisan yang ditawarkan oleh Allah . Alangkah hebatnya kuasa iman jika ia hidup pada diri setiap insan. Kepahitan bertukar menjadi manisan, kesusahan beralih menjadi kesenangan dan kemurungan hati berganti gembira. Semuanya kerana kita memilih jalan Allah untuk dilalui. Kerana tangisan pada jalan Allah bermakna kegembiraan yang terlalu hebat. Sebaliknya tangisan di jalan kekufuran adalah kehancuran yang menjunamkan diri ke jurang kehancuran!