Satu hari nanti, manusia akan dikelirukan sesuatu yang mereka tidak sangka. Pada mulanya mereka menyangka yang salah itu benar, dan benar itu salah. Kemudian, mereka terkeliru kembali yang benar itu benar dan yang salah itu benar. Akhirnya manusia terkeliru mana satu yang benar dan mana satu yang silap. Mereka lupa berpesan-pesan kebenaran kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka. Mereka lebih gemarkan keduniaan......
Manusia tidak pernah lari dari kesilapan, dan mereka sering kali lupa dan terlupa yang sebenarnya diri mereka sangat lemah. Atas kesilapannya, manusia lupa memohon kepada Allah swt. Perkara ini pernah terjadi pada waktu zaman Nabi Aad as, Nabi Nuh as, dan juga para anbia yang lain. Sejarah berulang lagi tapi cara yang berbeza!!!
Begitulah sebenarnya yang terjadi, kembalilah kepada Kitabullah dan sunnahtullah, walaupon pahit, tapi itulah penawar!!
Ingatlah wahai manusia, musuh kita sentiasa membiarkan diri kita terkeliru, dan menepuk tangan jika kita berlawan antara satu sama lain. Musuh kita adalah Syaitan dan juga org-org yahudi dan nasrani berkerjasama. Sejarah mengajar kita yahudi tidak pernah berdamai dengan nasrani, kerana menurut nasrani, Yahudi telah membunuh tuhan mereka, yaitu Jesus. Mana mungkin mereka boleh berdamai untuk selama-lamanya melainkan mereka sendiri adalah pengikut-pengikut yang sesat!!!!