26 Okt 2011

Hikmah Sujud

 
~Hikmah Sujud~

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj, ayat 77 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah”…

Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya;

-Melegakan sistem pernafasan.
-Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:


1.Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2.Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
3.Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
5.Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
6.Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
7.Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelviks.
9.Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
10.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman, darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti opoplexia rupture of blood vessels.

SUMBER: Majalah SOLUSI (Edisi ke-18)