Apabila telah dikurniakan pekerjaan yang baik tanpa meninggalkan solat fardhu. Dapat membeli rumah walaupun tak seberapa,ada kereta. semua kehidupan kita yang seeloknya.nak makan pun senang. Masa inilah kita salurkan kesyukuran kepada Allah swt. Hadirkan diri di masjid-masjid untuk menunaikan solat fardhu dan hadir di majlis-majlis ilmu. Inilah masanya. Jika bukan sekarang bila nak berubah. sedar kita di dunia ini bukan selepas dimasukkan ke dalam kubur. Setiap saat yang berlalu terlalu bernilai sekiranya kita mengetahuinya.