- 1. Sentiasa Bergaul Dengan Individu Yang Positif
- Ini amat penting, kerana jika anda bergaul dengan mereka yang bersifat negatif, lambat-laun anda juga akan menjadi seperti mereka. Hadkan pergaulan anda dengan mereka yang bersikap negatif. Orang yang berfikiran positif akan sentiasa mendorong persekitarannya untuk menjadi positif. Oleh itu, pastikan anda memilih pergaulan dengan teliti bagi mewujudkan mentaliti yang positif.
- 2. Mewujudkan Persekitaran Positif Persekitaran, ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja. Contohnya persekitaran tempat kerja anda. Jadikan suasana di tempat kerja anda ceria, bersih dan terdapat bau-bauan yang menyegarkan, maafkan kawan-kawan yang melakukan kesalahan pada anda. Ini penting untuk mengekalkan mentaliti positif dan meningkatkan produktiviti harian.
- 3. Ayat-Ayat Komunikasi Yang Positif Penggunaan ayat-ayat yang positif juga memainkan peranan di dalam diri dan juga persekitaran anda. Apabila hendak berkomunikasi pilihlah ayat-ayat yang mendorong ke arah sikap yang positif. Misalnya ayat seperti “Bosanlah hari ini, sales belum masuk lagi” menjadi “Hari ini aku lebih hebat dari semalam, sales aku meningkat”.