PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 1 NEGERI JOHOR: CADANGAN DAN PANDUAN ISI
PERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR
BAHASA MELAYU KERTAS 1
CADANGAN JAWAPAN DIPETIK DAN DIMURNIKAN
DARIPADA SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR
BAHAGIAN A (30 MARKAH)
Fokus jawapan: 4 kebaikan membeli barangan buatan Malaysia
Para pelajar boleh menambah isi lain yang sesuai
Malaysia sebuah negara pertanian pada awal kemerdekaannya telah mengorak langkah menjadi negara perindustrian pada era ini. Namun begitu , sejak akhir-akhir ini Malaysia lebih giat memajukan industri n yang menghasilkan barangan buatan tempatan. Langkah ini dianggap perlu bagi mengimbangi nilai import dan eksport negara agar Malaysia tidak terlalu bergantung pada negara luar untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada rakyatnya. Lebih-lebih lagi, jika diteliti , terlalu banyak manfaat yang diperoleh rakyat Malaysia jika sokongan padu diberikan kepada industri tempatan.
Kebaikan-kebaikannya
1. menjimatkan perbelanjaan keluarga
- harga barangan buatan Malaysia lebih murah berbanding dengan barangan
import
- Barangan buatan tempatan tidak dikenakan duti kastam/cukai import
menjadikan kos pengeluarannya lebih murah.
- barangan import dikenakan cukai import/duti kastam yang meningkatkan harga
barangan
- Hal inilah yang menjadikan barangan buatan di dalam negara lebih murah.
- Kemurahan harga menjadikan kos perbelanjaan pengguna/keluarga lebih
rendah dan hal ini menjimatkan perbelanjaan keluarga.
2. menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia
- kekerapan menggunakan barangan buatan tempatan dapat menyemai dan
menyuburkan semangat cinta akan negara.
- kita berasa yakin akan kualiti barangan yang setanding dengan barangan
berjenama dari luar negara.
- akan kebolehan rakyat Malaysia menghasilkan produk bertaraf dunia.
- rasa sayang dan bersyukur akan pencapaian negara yang menjadi sebutan di
luar negara.
Contoh produk bertaraf dunia:
Kereta Proton Wira yang dipasarkan di England
Kereta Perodua Kancil yang dipasarkan di Singapura
3. meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa
- barangan buatan tempatan yang berjaya dieksport ke luar negara mampu
menjulang nama negara di persada antarabangsa
- keupayaan, kekreatifan dan kemahiran rakyat negara ini diiktiraf dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.
- Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang kraf tangan sebagai contohnya.
- Hasil kraf tangan seperti batik dan songket berjaya menembusi pasaran bertaraf elit di England; hasil kerja tangan seperti sarung bantal sutera bermotifkan songket, kain alas meja bermotifkan corak batik gaya Malaysia berjaya dipamerkan sebagai barangan eksklusif di gedung beli belah ternama Harrod di tengah-tengah kota London.
4. memajukan industri tempatan
- Industri tempatan dapat dimajukan kerana rakyat Malaysia sendiri sanggup berbelanja untuk membeli barangan buatan tempatan.
- Permintaan pengguna yang tinggi akan menjadikan sektor perindustrian tempatan meningkatkan pengeluaran domestik bagi memenuhi kehendak pengguna.
- Industri tempatan dapat melipatgandakan keuntungan dan mampu mengembangkan perkhidmatan sama ada di dalam negara atau di luar negara.
- Lebih banyak pula rakyat yang berminat menceburi bidang perindustrian kerana pulangan yang lumayan
- Situasi ini, memajukan sektor perindustrian di negara kita
Contoh:
Industri asas tani yang semakin luas pasarannya di dalam negara kerana telah popular dalam kalangan rakyat.
-Makanan kesihatan berasaskan herba tempatan seperti misai kucing sebagai ubat alternatif kepada ubat moden.
Kesimpulan
Rakyat perlu menghargai usaha gigih pemerintah yang mahu meningkatkan pengeluaran barangan buatan tempatan sama ada di dalam negara atau di luar negara.
Tiada orang lain yang boleh kita harapkan untuk memajukan industri tempatan melainkan rakyat negara ini sendiri.