LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA
1.rantam bersama-sama membuat sesuatu pekerjaan
· Tugasan itu dapat kami siapkann secara rantam.
2. sagur perahu yang diperbuat daripada batang kayu
· Suatu ketika dahulu perahu sagur digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman.
3. takzim amat hormat, penuh hormat dan sopan
· Pengacara majlis itu dapat menjalankan tugas dengan penuh takzim.
4. tetua bintik-bintik hitam pada kulit pipi, jagat
· Dia cuba menghilangkan tetuanya dengan menggunakan krim itu.
5. ungkal tidak mahu menurut, degil
· Masih ada murid yang ungkal walaupun segala peraturan itu untuk kebaikan.
6. vila rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota
· Bintang filem itu membina sebuah vila di kaki Gunung Ledang.
LATIHAN 2
LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA
1.kentara jelas kelihatan
v Bandar raya itu begitu kentara dari puncak bukit.
2.lancip tirus ke hujung, runcing
v Bentuknya yang lancip menjadikan lembing itu meluncur laju.
3.majal tidak tajam (pisau, pedang dll), benak (fikiran, akal).
v Golok dan parang menjadi majal jika terbiar di luar rumah.
4.nyelap tidak sedarkan diri
v Rosnah nyelap beberapa kali sejak pulang dari pulau itu.
5.ompong oleh-oleh, buah tangan
v Bawalah ompong apabila melawat pesakit.
6. palen barang-barang kelontong, barang yang diguna hari-hari. (spt selipar, sabun mandi dll)
Setiap peserta kursus perlu menyediakan palen secukupnya
LATIHAN 3
LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KOSA KATA
1. anani - hanya mementingkan diri sendiri
· Dalam kehidupan bermasyarakat, sifat anani tidak wajar diamalkan.
2. bintat - bengkak kecil pada kulit (biasanya akibat gigitan serangga)
· Lengannya bintat kerana gigitan nyamuk.
3. cengil keras dan pedas (berkenaan percakapan), garang
· Dia perlu berhati-hati apabila berada di rumah Fatimah kerana bapanya cengil.
4. Dampit - degil, keras kepala
· Jika mahu berjaya dalam pelajaran janganlah dampit.
5. Ekstradisi - penyerahan seseorang penjenayah kepada negara tempat jenayah dilakukan untuk dibicarakan.
· Tidak semua negara di dunia ini yang membuat perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
6. gasar - ganas dan kasar
· Kanak-kanak perlu dilatih oleh ibu bapa dengan adab berinteraksi dengan orang lain agar tidak menjadi gasar apabila remaja.