20 Sep 2011
KENAPA PERLU MARAH.
Sebab 1: Anda tidak kawal emosi.
Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah cepat dibodoh-bodohkan oleh orang lain, iaitu dengan ‘memancing’ kemarahannya. Apabila sudah marah, biasanya tindakan akan jadi membuta-tuli.
Sebab 2: Ego, bangga diri, riak.
Anda cepat marah sebab ego anda dicabar,apabila anda berasa anda direndah-rendahkan, anda rasa kalah, anda rasa anda tidak dihormati. Jika Anda memiliki salah satu daripada perkara tadi, itu tandanya Anda terlalu mengagungkan diri Anda. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri Anda. Anda cepat marah sebab Anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila Anda terjumpa orang yang lebih hebat daripada Anda. Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.
Sebab 3: Anda orang berfikiran negatif.
Orang yang berfikiran negatif adalah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati Anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan Anda malu untuk meminta maaf.
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...