USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF TANGAN
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, pepatah Melayu ini merupakan gambaran tepat yang dapat merumuskan mengenai stigma masyarakat Malaysia seolah-olah memandang sepi produk kraf tangan buatan tempatan. mentaliti masyarakat Malaysia yang lebih mendewa-dewakan produk kraf tangan moden dan berjenama antarabangsa, dilihat ancaman terbesar bagi industri kraftangan tempatan. Rentetan kelesuan permintaan dalam pasaran tempatan ini, telah menyumbang kepada kesuraman industri kraf tangan negara yang boleh diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. Sorotan daripada kesuraman iklim ekonomi dunia yang kian meruncing dewasa ini, industri kraf tangan negara bergelut untuk terus bernafas. memburukkan lagi keadaan dikala industri kraftangan negara dilihat terumbang-ambing untuk kekal bertahan. Kerajaan seakan-akan terlepas pandang akan potensi industri ni. Apa yang lebih membimbangkan ialah pengusaha kraf tangan tempatan bukan sahaja terdesak untuk mencari peluang perniagaan malah terpaksa berdepan masalah permintaan domestik yang kurang memberangsangkan. Senario ini jelas sekali mengecewakan banyak pihak. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlulah mencari formula atau mekanisme berkesan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
Dalam usaha memajukan industri kraftangan di Malaysia, kerajaan melalui agensinya telah berusaha untuk mempromosikan industri kraf tangan di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan perlu melakukan pelbagai inisiatif termasuk promosi yang diadakan melalui kempen-kempen, pakej-pakej pelancongan dan percutian di Malaysia. Dengan majunya industri pelancongan, secara tidak langsung perusahaan kraf tangan akan semakin menggalakkan keranadi mana ada gula di situ ada semut. Selain itu, pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada pengusaha industri kraf tangan untuk mengkomersialkan hasil keluaran mereka. Pihak kerajaan juga boleh memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang mengusahakan industri kraf tangan. Industri kraf tangan membuka banyak peluang pekerjaan apabila permintaan hasil kraf tangan meningkat seperti batik memerlukan pengeluaran yang banyak. Dengan itu, pihak kerajaan dapat membantu meningkatkan industri kraf tangan untuk terus berkembang maju.
Selain itu,peranan media massa amat penting dalam usaha kita mengekalkan industri kraf tangan ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan industri kraf tangan kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus pemodenan, peranan media massa dalam usaha mengekalkan indusrti kraf tangan amat penting sekali. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang, maka media ini memegang amanah mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang keunikan barangan kraf tangan. Contohnya rancangan yang dipaparkan di TV1 iaitu kesenian kraf tangan Malaysia menunjukkan penghasilan kraf tangan dari segi pembuatan, penyediaan dan pelbagai lagi proses perusahaan membuat barangan kraf tangan. Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan kepelbagaian seni kraf tangan seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni sulaman, hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu, peranan media massa menerusi promosi hasil kraf tangan sememangnya tepat kerana kewujudan media elektronik sebagai medium untuk mempromosikan kraf tangan adalah selari dengan gaya hidup moden generasi muda pada alaf baru ini. Lagipun, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai televisyen di rumah masing-masing.
Di samping itu, sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan industri kraf tangan. Pihak sekolah haruslah mendedahkan kepada para pelajar dengan lebih mendalam lagi tentang kesenian kraf tangan supaya industri kraf tangan tidak ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah menganjurkan pameran dan mengadakan pertandingan hasil kraf tangan, secara tidak langsung pelajar akan terdedah dengan industri kraf tangan. Hal ini kerana pelajar masa ini lebih cenderung memilih barangan moden dan berjenama. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih menerapkan kesenian kraf tangan. Dengan adanya kelab-kelab sebegini industri kraf tangan tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan kraf tangan mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri akan terlaksana.
Seterusnya, perihal masyarakat dewasa ini, suka akan barang yang mempunyai reka bentuk moden. Hal ini menyebabkan barangan tradisional khususnya barangan daripada hasil kraf tangan di Malaysia semakin dipandang lesu oleh segenap lapisan masyarakat. masyarakat seharusnya mengetepikan persepsi negatif terhadap hasil kraftangan yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Masyarakat itu sendiri perlulah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap industri kraf tangan dengan cara membeli barangan tradisional seperti bakul anyaman, wau, hasil ukiran tangan dan hasil sulaman. Dengan cara ini akan menaikkan lagi taraf industri kraftangan di negara kira. Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri kraf tangan itu sendiri dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan industri kraf tangan di Malaysia. Justeru, jelaslah bahawa komitmen di kalangan pelbagai lapisan masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri kraf tangan di negara kita.
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelas menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang membuahkan hasil , seseorang itu haruslah mencari inisiatif bagi memberi nafas baru terhadap usaha mereka. Dalam nada pendekatan lain ini juga, sebenarnya seseorang individu dapat mendimensikan industri kraf tangan mengikut acuan dan dinamik mereka sendiri. Hal ini , secara tidak langsung dapat mengangkat martabat industri kraf tangan negara ke satu tahap yang lebih membanggakan. Dalam hal ini, pengusaha kraf tangan perlulah memvariasikan corak, nilai estetika dan keaslian produk kraf tangan yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan industri kraf tangan negara. Selaras itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa. Selain itu, pengusaha kraf tangan haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha kraftangan mengaplikasikan pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah saru hari nanti produk kraf tangan negara mampu duduk sebaris dengan produk kraftangan antarabangsa, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Tuntasnya pengusaha karaf tangan haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri kraftangan dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global.
Konklusinya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan lagi industri kraf tangan di Malaysia. Semua pihak tidak harus memandang sebelah mata terhadap industri kraf tangan ini dan lebih malang lagi terdapat segelintir masyarakat yang menganggap industri kraf tangan seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh itu , marilah sama-sama kita berganding bahu menyedarkan masyarakat yang dibuai mimpi dalam arus pemodenan dunia pada hari ini. Jelaslah bahawa kraf tangan merupakan inisiatif bagi menyelamatkan ekonomi negara dan sekali gus akan tercapai hasrat Malaysia yang ingin menjadikan negara maju menjelang wawasan 2020. Sekiranya terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf tangan yang diwarisi daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa biar mati anak jangan mati adat seharusnya dijadikan prinsip hidup masyarakat agar dapat menjayakan usaha yang suci murni ini bagi mengekalkan industri kraf tangan yang kita warisi turun temurun.