NOVEL PAPA
KONFLIK WATAK UTAMA
Antara konflik dan penyelsaian yang dialami oleh d watak utamanya, iaitu Intan Julia dalam novel Papa ialah konflik antara Julia dengan Papa. Konflik yang berpunca daripada niat Papa untuk berkahwin. Julia bertengkar dengan papa di rumah sehingga menyebab mereka tidak bertegur sapa selama beberapa. Konflik mereka berakhir apabila Julia dan Papa bersemuka di Hotel Paya Serai. Di sana Jefri menerangkan sebab-sebab dia ingin memperisterikan Aisyah. Akhirnya, Jeffri berjaya mendapat restu Julia untuk berkahwin.
Selain itu, Konflik dalam diri Julia sendiri. Konflik ini berlaku apabila Julia ternampak papanya bersama-sama perempuan lain. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu siapakah perempuan bersama dengan ayahnya itu, Dalam masa yang sama hatinya sentiasa menjerit agar tidak terserempak dengan Papa bersama dengan perempuan itu seperti mana yang berlaku di Starbuck Midvalley.
Konflik berhadapan dengan keadaan Mama yang sedang Koma dalam tempoh yang begitu lama setelah mengalami pendarahan teruk ketika melahirkan anak kembar siam. Julia tetap tabah dan meredai takdir yang telah ditetapkan dan tetap setia menjaga dan melihat Mama di hospital.