11 Ogo 2011

komsas pmr 2011

PERSAMAAN WATAK UTAMA  WATAK SAMPINGAN DALAM NOVEL

Watak utama dalam Novel Panas Salju ialah Zulkifli manakala watak sampingan ialah Bushrah.

Persamaan watak mereka ialah kedua-duanya bertanggungjawab terhadap tugas dan keluarga. Zul bekerja sebagai pembantu hospital manakala Bushrah bekerja sebagai guru. Kedua-dua watak ini memberikan perhatian kepada anak mereka terutama keperluan anak.

Selain itu, kedua-duanya memberikan contoh ibu bapa yang penyayang. Buktinya Zul telah berusaha mencari wang untuk membiayai kos pmbedahan anaknya manakala Bushrah pula sanggup menyerahkan sebahagian hatinya kepada anaknya.

Malah, kedua-dua watak ini juga cekal atau tabah. Mereka sanggup mengharungi dugaan Tuhan dengan baik terutama dalam proses mendapatkan pembedahan anak mereka itu.

PENGAJARAN NOVEL PANAS SALJU

Tiga Pengajaran yang diperoleh dalam novel Panas Salju

• Seseorang itu mestilah mempunyai perasaan kasih yang mendalam terhadap anaknya seperti Busrah yang rela mendermakan sebahagian hatinya untuk anaknya, Nadhirah.

• Manusia hendaklah bersikpa prihatin kepada orang yang memerlukan bantuan seperti Tan Sri Shamsuddin yang memberikan pertolongan dengan mendermakan sejumlah wang untuk pembedahan Nadhirah.

• Kita hendaklah senantiasa mencari ilmu seperti Zulkifli menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat Ph.D walaupun secara sambilan yakni masih bekerja tetapi belajar.

TEKNIK PLOT NOVEL PASIR SALAK

Teknik Plot novel Pahlawan Pasir Salak

• Teknik Dialog seperti ketika Deli berbual dengan Datuk Maharajalela.

• Teknik Imbas Muka seperti ketika Datuk Maharajalela menggambarkan orang Inggeris akan menyerang Kampung Pasir Salak.

• Teknik Monolog Dalaman seperti ketika Deli menilai kata-kata yang pernah dikatakan oleh Lamsah.

DUA NILAI MURNI NOVEL PASIR SALAK DAN PANAS SALJU

Dua Nilai Murni dalam novel Pahlawan Pasir Salak dan Panas Salju

Pahlawan Pasir Salak

• Keberanian seperti Deli dan penduduk kampung begitu berani mempertahankan kampung mereka daripada serangan British.

• Bertanggungjawab seperti Deli walaupun masih muda tetapi sanggup menyertai penduduk kampung menjaga keselamatan kampungnya.

Panas Salju

• Pengorbanan seperti tindakan Bushrah yang memberikan sebahagian hatinya kepada Nadhirah.

• Kasih sayang seperti Zul dan Bushrah yang sayang akan anak-anak mereka

Tiga Pengajaran yang diperoleh dalam novel Panas Salju

• Seseorang itu mestilah mempunyai perasaan kasih yang mendalam terhadap anaknya seperti Busrah yang rela mendermakan sebahagian hatinya untuk anaknya, Nadhirah.

• Manusia hendaklah bersikpa prihatin kepada orang yang memerlukan bantuan seperti Tan Sri Shamsuddin yang memberikan pertolongan dengan mendermakan sejumlah wang untuk pembedahan Nadhirah.

• Kita hendaklah senantiasa mencari ilmu seperti Zulkifli menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat Ph.D walaupun secara sambilan yakni masih bekerja tetapi belajar.

3 contoh peristiwa yang menggambarkan tema novel Pahlawan Pasir Salak

• Tema ialah perjuangan orang melayu menentang campur tangan penjajah.

Peristiwa yang membuktikan tema ini ialah:

(i) Datuk Maharajalela dan penduduk kampung berjuang menentang penjajah yang ingin menguasai kawasan tersebut
(ii) Deli dan rakan-rakannya menentang penjajah juga
(iii) Penduduk kampung turut berjuang bersama-sama menentang penjajah

Tiga Latar Masyarakat novel Meniti Kaca

• Latar masyarakat yang saling sayang sesama ahli keluarga seperti Nazar menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit nanar.

• Latar masyarakat yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarga seperti ibu suadara nazar yakni salmiah yang sering membantu nazar dan ibunya yang sakit.

• Latar masyarakat yang mengutamakan konsep perpaduan kaum seperti Pak Sahar yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ah Leong