Bahagian A.(i)- Ringkasan
Antara kepentingan mengadakan majlis rumah terbuka adalah untuk meraikan rakan daripada kaum lain. Hal ini mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum. Selain itu, sikap masyarakat kini yang hanya mementingkan diri sendiri mampu dikikis dengan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat dalam rumah trbuka. Hal ini juga menjadi bukti rakyat beratu-padu serta lambing keharmonian dan muhibah antara lapisan masyarakat. Penganjuran rumah terbuka juga mampu menjadi jalan keluar kepada masalah salah faham dan saling mencurigi serta sebagai wadah penting memuipuk raa hormat.
Bahagian A(ii) Pemahaman
1. Rangkai kata sudah menular bermaksud telah merebak.
2. Majlis rumah terbuka perlu diadkan kerana masyarakat kota sentiasa sibuk dan tiada waktu untuk beramah mesra dengan penduduk kaum lain dan program ini juga merupakan jalan keluar apabila berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat.
3. Pada pendapat saya , majlis rumah terbuka di tempat tinggal saya boleh menarik ramai pengunjung apabila Rukun Tetangga berperanan mencari publisiti melalui pengiklanan dengan meletakan kain rentang dalam kawasan perumahan dan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti sukaneka yang melibatkan pelbagai kaum.
Bahagian B.
Kini, sudah ramai golongan masyarakat memohon untuk menjadi sukarelawan. Hal ini kerana, banyak manfaat yang diperoleh apabila menjadi seorang ahli sukarelawan.
Antaranya ialah kita dapat membantu meringankan beban mangsa bencana. Pelbagai jenis bantuan boleh dihulurkan seperti motivasi. Pengalaman mangsa boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran dalam mengharungi liku kehidupan.
Selain itu, semangat perpaduan dapat dipupuk . Lebih-lebih lagi, apabila kita membantu mangsa bencana negara lain. Imej baik negara dapat ditonjolkan melalui medium ini yang sangat memerlukan nilai kerjasama.
Lantaran masa itu emas, maka masa terluang dapat diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita bisa beramal dengan aktiviti kemanusiaan berbanding terlibat dengan gejala sosial.
Tuntasnya, kita haruslah secara sukarela untuk menjadi seorang ahli sukarelawan untuk menikmati manfaat-manfaatnya seperti kata peribahasa hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Bahagian D.
NOVEL PANAS SALJU
Berdasarkan novel Panas Salju karya Talib Samat yang telah saya kaji terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil berdasarkan novel ini. Antara pengajarannya ialah kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain. Zulikifli tetap mahu embantu pasangan Sikh yang terbabas lalu terjatuh ke dalam parit di Simpang Kampung Melewar walaupun pada mulanya ditegah oleh Bushah.
Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha seperti Zulkifli mencari dana untuk membantu Ndhirah. Dia tidak pernah penat berusaha mencari dana untuk membantu Nadhirah . Dia tidak pernah pent berusaha mencari derma untuk membiayai perubatan Nadhirah.
Akhir sekali, kita janganlah cepat putus asa . Nadhirah tidak pernah berputus asa melawan penyakitnya yang kronik itu. Selain itu dia juga tidak pernah berputus asa dan dia meneruskan kehidupannya sehingga dia menjadi seorang doktor.
NOVEL MENITI KACA
Berdasarkan novel Meniti Kaca karya Raja Sabarudin Raja Abdullah, contoh peristiwa bagi pengajaran hendaklah saling membantu ialah ketika Mahyun hilang ketika sedang merayau-rayau di sekeliling kampung dan akhirnya dijumpai mati di celah-celah batang pokok kelapa. Semua penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain mencari dan mengeluarkan Mahyun dari celah pokok tersebut.
Selain itu, contoh peristiwa bagi pengajaran hendaklah rajin berusaha ialah Nazar sentiasa rajin berusaha dalam pelajaran. Hal ini kerana dia ingin mengubah nasib keluarganya dengan kejayaan walaupun diiringi pelbagai dugaan. Dia juga rajin berusaha dengan rakan-rakannya yang lain termasuklah sepupunya sendiri, Zainab. Pada setiap petang, mereka rajin mengulangkaji pelajaran Matematik bersama-sama.
Akhir sekali , perostiwa bagi pengajaran janganlah cepat putus asa ialah Nazar tidak pernah putus asa biarpun dilemparkan pelbagai dugaan dan cabaran. Ketika ibunya masih hidup. Nazar tidak pernah mengeluh ketika menjaga ibunya tetapi bersedih akan nasib yang menimpa ibunya. Ketika itu, Nazar berasa amat sedih sekali namun dia tidak cepat putus asa. Dia pergi meneruskan hidupnya dengan belajar bersungguh-sungguh.