26 Ogo 2011
CONTOH ADUAN KES BEKALAN AIR.
KES 1.
Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.
Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.
KES 2.
Sehingga ke tahun ini (2011) kampung saya yang terletak di kampung Bingolon, Kudat, Sabah masih lagi tidak mempunyai kemudahan asas seperti Jalan Bertar and bekalan air bersih.
Sejak beberapa tahun yang lepas sungai-sungai di kampung saya telah menjadi kering kontang dan penduduk hanya bergantung sepenuhnya pada Air Hujan. Sekiranya hujan tidak turun untuk beberapa bulan penduduk kampung terpaksa pergi ke pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pemanduan dengan kereta. Namun bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk kepekan mengambil air? Mereka terpaksa meminta sedekah sedikit air daripada mereka yang mempunyai kenderaan ke pekan ataupun mencari perigi orang lain yang masih berair. Air perigi juga hampir semuanya kering kontang sehingga menyebabkan perbalahan kerana tuan punya perigi tidak membenarkan orang lain mengambil air dari periginya yang tinggal sedikit demi untuk kegunann keluarganya.
KES 3Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.
Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika. Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.
KES 4Sejak kebelakangan ini bekalan air ditempat kami sering terputus walaupun sudah beberapa kali saya aduan samada pada Ibupejabat JBA Pahang mahupun JBA cawangan Lipis serta perkara ini sentiasa dalam makluman kakitangan JBA Tempatan (Kampong Merapoh).
Jawapan yang diperolehi dari setiap aduan hanyalah “Dalam perhatian dan akan mengambil tindakan.” Tetapi hakikatnya perkara yang sama tetap berulang. Kami penduduk Taman Berkat, Kampong Merapoh merasakan bahawa kami telah dianiaya dan tiada pembelaan yang sewajarnya. Kami sudah lama merana kerana masalah bekalan air ini terutama selepas ‘main pipe’ 4 inci ditukar pada 6 inci.
KES 5
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...