JITRA, 3 Julai (HPM) — Secara umum, berat badan boleh bertambah jika makan terlalu banyak melebihi daripada apa yang boleh dibakar oleh badan dan kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan berlaku akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Punca berlakunya masalah ini adalah melalui tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi serta tidak bersenam.
Antara faktor lain yang menyebabkan kegemukan ialah melalui sejarah keluarga, masalah perubatan, faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan, pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat pemakanan), serta cara hidup yang tidak aktif.
Jika tidak diatasi segera, pelbagai penyakit boleh menyerang seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi, masalah jantung, penyakit kencing manis/diabetes, kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri, masalah pernafasan seperti asthma serta masalah tidur, komplikasi sendi dan tulang seperti ‘osteoarthritis’ dan kesakitan tulang pinggul serta bertambah gemuk apabila umur meningkat.
ADVERTISEMENT