2 Mei 2011

Ucapan Majlis Persaraan

UCAPAN JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN PENGETUA

TEKS UCAPAN PERSARAAN PN PENGETUA
26 Jun 2008
Oleh:
Yatiman B Kamsidin


Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha Bonda Pn Hjh Saleha Bt Kasmani, Pengetua SMK Bandar Seri Alam, Bonda yang diraikan dan suami.

Yang dihormati En Jamaludin B Jamil, Yang dipertua PIBG
Tuan Hj Musa B Mahadi NYDP PIBG

En Hassan B Md Deli GPK Pentadbiran

En Rashid B Abd Rahman GPK HEM

Rakan-rakan guru

AJK PIBG

Jawatankuasa penganjur majlis Semekar Budi Sejambak Memori

Sang tompok makan ikan bilis
Makanan Pemberian Pak Muhari,
Majlis bukan sebarang majlis
Diberi nama semekar budi sejambak memori

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sebagai wakil guru dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah dan nyaman ini. Malam ini bolehlah dikatakan sebagai malam terakhir bagi kita dapat bersama-sama bonda kita di dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi persaraan wajib beliau kunjung tiba iaitu pada 28 Jun 2008…
saya dengar tarikh tersebut menjadi penghitungan bonda yang dikasihi saban waktu

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk majlis makan-makan, ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu kita kepada bonda kita sebelum pemergian beliau. Bercakaplah dan bersapalah di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di sini juga kita dapat berpeluang mendengar amanat terakhir dari bonda yg dikasihi. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik yang berjaya dan berkarisma seperti beliau.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, beliau umpama sebutir permata di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun hanya bekas yang ditinggalkan. Saya tertarik dengan corak petadbiran beliau di sepanjang perkhidmatan beliau di sini, kami akui bonda mentadbir sekolah ini dengan sentuhan sifat-sifat keibuan. Lembut, mesra, mudah dibawa berbincang, dan penuh kasih sayang serta penuh rasa empeti. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya. Sehubungan dengan itu teguran dan nasihat yang bonda lontarkan akan kami ingati.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Masa beredar terlalu pantas. Kami rasa seperti baru semalam mengenali bonda. Rupanya kami hanya bermimpi di siang hari…sedar-sedar bonda kita akan mencapai persaraan wajib dalam masa 2 hari lagi. Adalah diakui bahawa banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau lontarkan demi meningkatkan lagi kreadibilti kita sebagai seorang guru. Walaupun menerajui sekolah ini dalam masa singkat, banyak usaha dan jasa beliau dalam mempertingkatkan profesion keguruan di kalangan guru telah diadakan di sekolah kita bagi memastikan perkhidmatan kita mencapai sasaran, matlamat dan standard yg ditetapkan oleh PIPP. Apa yang menarik dalam pentadbiran beliau, kursus profesionalisme di bawa keluar dari kepompong sekolah buat julung-julung kalinya ke Tanjung Bidara Melaka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Rasanya saya tidak mahu berucap panjang. Kerana dibelakang saya ada lagi bahagian tetamu kehormat ingin berucap.

Dalam pada itu
Kami mohon ampun dan maaf pula
Sebab kami tahu
Ada encik-encik
Puan-puan
Tuan-tuan

Yang bimbang meninggalkan rumahnya
Yang bimbang meninggalkan anak bini
Yang bimbang meninggalkan itik ayam
Yang bimbang meninggalkan hartanya

Dan kami mendoakan
Mudah-mudahan
Tak ada angin nan berpusu
Tak ada gempa yang menggegar
Tak ada terkejut dan tergempar

Tenangnya bagai tasik
Bagai urai dalam peti
Ditutup tidak berusik
Dikongkong terjaga rapi

Selamat sentosa semuanya
Selamat sejahtera semuanya
Selamat datang semuanya

Tidak dilupakan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada:

Bonda Hjh Saleha Bt Kasmani
AJKPenganjur Majlis pada malam ini
Ahli-ahli kebiru
AJK PIBG
Yang turut sama menyumbang di dalam majlis malam ini samada dari segi idea, tenaga dan wang ringgit demi melancarkan lagi perjalanan majlis ini

Saya akhiri ucapan saya dengan assalamualaikum w.b