
Banyak sungguh nikmat ALLAh kepada manusia.
Kita pada hari ini ialah yang tidak pernah terbayang pun oleh kita sendiri.
Mungkin impian atau keinginan manusia akan berlainan pada kejadian realiti yang sedang dihadapi. Dan memang begitulah selalunya. ALLAh Ta’ala banyak rahsia yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Adakalanya, manusia tertanya-tanya mengapa jadi begini dan begitu. Kenapa ini dan itu.
Keinginan diri mahu jadi begini, tetapi sebaliknya pula yang dikecapi. Hebat tak ALLAh Ta’ala? Memang hebat. Subhanallah!