14 Mei 2011

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009

FORUM KEBANGSAAN
Posted by mohdfared on June 25 2009 20:29:05

FORUM REMAJA KEBANGSAAN 2009
TAIPING, KHAMIS , 18 Jun- Pasukan Forum Remaja SM Sains Muar yang mewakili Negeri Johor telah bertanding di peringkat kebangsaan pada 15 hingga 18 Jun 2009. Pasukan Forum Remaja SAMURA yang diwakili oleh Mohamad Danial bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Forum, Nor Faizah binti Baharuddin, Siti Noraida binti Hassan dan Rohizad bin Rasliza selaku Penforum serta Nur Farhanah bt Ehsan selaku peserta simpanan bergerak ke Taiping Golf Resort seawall 9.00 pagi 15 Jun 2009 diiringi oleh Encik Hassan bin Jaffar dan Puan Umie Kalsom bt Kassim selalu guru pengiring.
Pasukan Forum Remaja SAMURA yang mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan itu membuat persembahan dalam kumpulan A bersama wakil-wakil dari Negeri Selangor, Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Pahang dan Sarawak. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada peserta dari negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Negeri Johor mendapat giliran ke-4 dalam pertandingan tersebut dengan membawa tajuk forum ‘ Bahasa Rojak: Sekerat Belut, Sekerat Ular’.
Extended News
FORUM REMAJA KEBANGSAAN 2009
TAIPING, KHAMIS , 18 Jun-
Pasukan Forum Remaja SM Sains Muar yang mewakili Negeri Johor telah bertanding di peringkat kebangsaan pada 15 hingga 18 Jun 2009. Pasukan Forum Remaja SAMURA yang diwakili oleh Mohamad Danial bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Forum, Nor Faizah binti Baharuddin, Siti Noraida binti Hassan dan Rohizad bin Rasliza selaku Penforum serta Nur Farhanah bt Ehsan selaku peserta simpanan bergerak ke Taiping Golf Resort seawall 9.00 pagi 15 Jun 2009 diiringi oleh Encik Hassan bin Jaffar dan Puan Umie Kalsom bt Kassim selalu guru pengiring.
Pasukan Forum Remaja SAMURA yang mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan itu membuat persembahan dalam kumpulan A bersama wakil-wakil dari Negeri Selangor, Perak, Kedah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Pahang dan Sarawak. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada peserta dari negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Negeri Johor mendapat giliran ke-4 dalam pertandingan tersebut dengan membawa tajuk forum ‘ Bahasa Rojak: Sekerat Belut, Sekerat Ular’.
Walaupun pasukan Negeri Johor tidak berjaya ke pusingan akhir namun peserta yang mengambil bahagian memberikan persembahan yang meyakinkan. Pasukan yang ke peringkat akhir ialah pasukan dari Negeri Terengganu, Negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari kumpulan A dan kumpulan B pula dari Negeri Kedah, Selangor dan Sabah. Keputusan akhir menyaksikan pasukan Forum Remaja Negeri Kedah menjuarai Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009, diikuti oleh pasukan Negeri Kelantan tempat kedua dan pasukan Negeri Selangor tempat ketiga. Penforum terbaik ialah pasukan dari Negeri Selangor manakala Pengerusi Forum Terbaik dari pasukan Negeri Kedah Darul Aman. AZBID

SMKA SHAMS