Soalan PMR 2009 - Bahagian B - Karangan Berdasarkan bahan Rangsangan - Contoh karangan yang cemerlang
Bahagian B
[20 markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kesesakan Jalan Raya
(Cara Mengatasinya)
Untuk mendapat markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:
- Ayat perlu gramatis.
- Kata dan kosa kata luas dan tepat.
- Ejaan dan tanda baca mesti betul.
- Idea yang releven berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
- Pengolahan yang menarik dan berkesan.
Contoh jawapan cemerlang.
Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.