4 Mei 2011

aktiviti persatuan bahasa melayu

DEKLAMASI SAJAK   PELAJAR SMKA PEDAS, NS
DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ,K,LUMPUR.

16 November 2007 merupakan tarikh keramat bagi 4 orang pelajar SMK Agama Pedas yang telah terpilih mendeklamasikan sajak sempena Lawatan Sambil Belajar pelajar SMKA Pedas ke Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjadi Pusat pengembangan bahasa dan sastera di negara kita ini. 
Sakinah  Yusuf, Nor Lily Baity, Nurul Ain dan Shahrul Hidayah Abd Mutalib adalah pelajar tingkatan 4 yang berpeluang mendeklamasikan sajak .Persembahan mereka disaksikan En . Armin Azhari SalehEditor Majalah Pelita Bahasa , Pn Yusaida Yusof , Editor Dewan Siswa,dan beberapa orang editor majalah  keluaran DBP serta rombongan guru dan pelajar SMK Agama Pedas, Negeri Sembilan.
            Sepanjang rombongan SMKA Pedas, Negeri Sembilan berada di sini, kami telah diberi taklimat tentang peluang yang ada dalam dunia penulisan dan saluran yang boleh kami gunakan untuk menyalurkan hasil karya penulisan kami . Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya dan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur amnya kerana menyambut lawatan kami dengan begitu mesra dan meriah.

LAWATAN PELAJAR 4 KHALDUN 2007 SMKA PEDAS, N,SEMBILAN KE PANTAI CHERATING PAHANG  MENCIPTA KENANG

LAWATAN KE TRENGGANU MENJADIKAN MASJID TERAPUNG SEBAGAI
SALAH SATU DESTINASI YANG SUKAR DILUPAKAN .