17 Feb 2011

Wahai kaum sejenisku..

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 8:54 am
mengapa selalu berduka? mengapa selalu berkeluh – kesah? mengapa  merasa tidak bahagia?

satu soalan yang perlu ditanya dan dijawab sendiri… siapakah yang memberi kebahagiaan seseorang?

muhasabah dalam-dalam , insyaallah jawapan itu mampu merubah diri…

andai jawapan kita, bahagia itu datang dari diri sendiri, kita akan terperangkap dengan permasalahan diri yang pelbagai,.. maka sukar sekali mahu bahagia..bagaimana mahu bahagia sekiranya diri payah bersyukur,.. sentiasa nampak yang tidak dapat  berbanding nikmat yang dah dinikmati…
selalu rasa derita kerana suami begini dan begitu tetapi tidak nampak sebenarnya kita dulu yang begini dan begitu,.. lupa akan hakikat bahawa Allah itu adil, kita akan dapat apa yang kita beri,… kalau kita rasa suami tidak menghargai kita, tidak syukur adanya kita di sisinya, (bila kita tak ada baru dia tahu rasa)..sebenarnya kita dulu yang tidak menghargai dirinya, kita dulu yang sentiasa nampak kekurangan dirinya, kita dulu yang tidak mensyukuri nikmat adanya suami,..

kalau jawapan  kita , bahagia atas orang lain, suami, anak-anak, mertua, ibu bapa, adik beradik, kaum keluarga dan sanak saudara, maka kita lagi payah untuk merasa bahagia,..

berbanding dengan diri sendiri, faktor orang lain lebih sukar ditangani kerana kita tidak mampu mengawal reaksi dan respon orang lain.. kalau diri sendiri, kita sekurangnya mampu mengawal diri kita, tetapi kalau kita letak bahagia itu sekiranya suami baik, penuh kasih, tidak menduakan kita, layan kita dengan penuh cinta bagai menatang minyak yang penuh, anak pula taat, mendengar kata, soleh, mertua baik dan menerima kita seadanya, …, maka  apa yang akan berlaku jika suami tidak begitu, suami curang, kaki judi, tidak bertanggung jawab, anak derhaka, degil, tidak minat belajar, keluarga mertua pula bencikan kita,.. ?

maka tidak bahagialah kita.. itulah jawapannya selagi mana kita meletakkan bahagia itu datang dari makhluk, baik diri sendiri mahupun orang lain, hatta sekalipun jika kita meletakkan bahagia itu  pada benda…

kerana hakikat sebenar,  bahagia dalam hati seseorang hamba itu terletak di ‘tangan’  Allah,.. jika kita menyedari hakikat ini dari dalam dasar, akar umbinya, maka kita mudah bahagia…

kita nampak ALlah lah  segalanya.. dan  kita tahu, untuk nampak Allah, ikatan hati dengan NYA mesti amat kuat,.. kita mesti sentiasa asyik maksyuk denganNYA,.. mesti sentiasa ada DIA dalam hati kita,.. barulah wujud bahaga sejati..
janganlah jadikan diri kita mangsa atau pemangsa,.. sebaliknya pulangkan kembali kepada diri sendiri, status kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini…

Februari 16, 2011

hati wanita

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 7:32 pm
mengapa sukar menyelami hati wanita?
adakah kita yang membuatkan kaum adam tidak memahami kita, atau memang asal kejadian dan pembinaan diri kita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati kita juga sukar ditelah ?
mengapa pula neraka Allah yang maha dahsyat dan tidak tertanggung itu pula menjadi tempat kembalinya ramai kaum kita?
adakah kita ini ini makhluk Allah yang lemah dan selalu jadi mangsa atau kita inilah pemangsa?
seandainya kita selalu ditindas dan teraniaya, maka mengapa kita pula yang memenuhi 2/3 neraka itu?
bukankah janji allah, doa orang yang teraniaya itu makbul?
lalu, kalau benar kita ini selalu dizalimi oleh kaum adam, para suami, maka mengapa mereka yang berkelakuan begitu tidak menjadi statistik ahli neraka?
adakah ada sesuatu dalam diri kita, dalam pegangan kita, dalam penerimaan kita, dalam penafsiran kita akan hakikat ujian dan dugaan hidup dari Allah yang salah, yang jauh tersasar dari kenyataan sebenar?
adakah kita merasakan yang diri kita dizalimi suami, suami panas baran, suami tidak adil, suami tidak bertanggung jawab, suami tidak pengasih, suami lokek, suami itu dan ini, tetapi rupanya diri kita yang terjebak dalam tipu daya iblis dan syaitan laknatullah, sehingga tersilap mentafsir?
sehingga sebenarnya hati kita, keyakinan kita yang diri kita dizalimi itu, kegagalan kita untuk nampak Allah di sebalik semua kejadian dalam kehidupan kita, maka sebenarnya itulah sebenarnya punca malapetaka dalam kehidupan kita?
dalam erti kata lain, sebenarnya kita sendiri yang menarik bala dalam hidup kita, bukan dari orang lain tetapi datang dari lubuk hati kita sendiri secara tanpa sedar…
dan atas keyakinan kita itulah, rupanya penyebab utama kepercayaan kita pada Allah tidak teguh. kita tidak mampu redho, hening, sabar dan ikhlas ..kita gagal menghadirkan sifat-sifat itu dalam hati kita .. kita tidak mampu lihat Allah dalam semua perkara ..
tiada Allah dalam hati kita, yang ada hanya perasaan betapa tidak adilnya kita diperlakukan, kita dicurangi, kita ditipu, kita diduakan, kita tidak diberi perhatian dan bagai…
lalu, semua perasaan itu menjadi kesumat dan punca kezulmatan yang menyelubungi diri, lalu kita terus hanyut dalam kegelapan dan terusan menyangka kita adalah mangsa walhal hakikat sebenarnya kitalah pemangsa..
kasihan,.. rupanya kitalah yang meletakkan diri kita dalam neraka Allah kerana kegagalamn hati kita untuk ikhlas, hening, redho dan sabar dalam hidup,..
nauzubillahi min zalik..
astaghfirullahil’azim…astaghfirullahil’azim…astaghfirullahil’azim…

Februari 11, 2011

INGAT MATI

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 9:34 am


Kekadang  kita alpa bahawa satu hari kita akan mati.. payah sekali untuk kita masukkan dalam jiwa bahawa ‘satu hari’ itu kita tidak tahu masanya,  kita tidak  boleh tentukan  waktunya… kita tak dapat  nak jangkakan saatnya…
yang pasti , bagi kita ‘satu hari’ itu,         jauhhhhh    lagi…..
kita pasti  sekali ,   akan hidup lagi untuk 10, 20 malah 50 tahun akan datang..
sukar untuk kita rasakan yang mungkin sesaat lagi kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini,, rasa tak mungkin yang kita akan mati dalam sejam atau dua jam lagi, rasa impossible yang kita akan menemui ajal kita dalam sehari dua lagi, atau dalam sebulan dua lagi, rasa tak mampu nak percaya mungkin umur kita hanya tinggal setahun dua  lagi..
pada kita, kita akan hidup sampai tua, sihat sepanjang masa dan bagai..
otak kita yang terlalu duniawi ini bagaikan tidak dapat membuka hijab kezulmatan diri dan terusan hidup dalam tipu daya dunia yang penuh fatamorgana ini..
lalu, bila terlalu sukar untuk kita ingat yang kita akan mati pada bila-bila masa , yang masanya kita tidak tahu, maka, kita terus menerus berbuat maksiat, maksiat hati, maksiat lidah. maksiat mata, maksiat telinga, maksiat kaki dan maksiat tangan,  , maksiat yang bagai….
hati kita terus menerus menyimpan dendam pada suami, pada keluarga, pada orang sekeliling, pada sanak saudara, rakan taulan , .. memandang hina pada orang, merasa yang kita sepatutnya mesti dapat lebih, mesti lebih dikasihi suami dari orang lain, mesti dilayan lebih dan bagai…
lidah kita tak sudah-sudah menyakitkan hati suami, anak-anak, … mengumpat, mengeji, menghina dan bercakap yang hanya menambah dosa., bertanya soalan yang tak sepatutnya kita tanya, memberi komen kosong yang hanya memenuhkan buku maksiat kita,.. menyindir dan bagai..
kita langsung tidak teragak-agak melakukan semua itu kerana kita tidak ingat mati..
adakah orang yang ingat mati, akan ketawa berdekah-dekah?
adakah orang yang ingat mati akan merasa seronok atas malapetaka yang menimpa orang lain?
adakah orang yang ingat  mati akan mengeluarkan komen yang menyakitkan hati suami sendiri?
adakah orang yang ingat mati akan simpan dalam hati perasaan dendam jika suami berkahwin lagi?
adakah orang yang ingat mati akan rasa sakit hati lihat suami bahagia dengan isterinya yang lain?
adakah orang yang ingat mati mahu membuatkan orang lain menderita supaya dia terus bahagia  walaupun bahagia itu sebenarnya hanya pada sangkaannya sahaja. kalau dia begini , dia mesti bahagia, kalau dia tidak begitu, dia mesti bahagia??
tidak..
itu semua adalah ingatan , sangkaan, harapan , tingkah laku, perbuatan orang yang rasa dia akan terus hidup menongkat langit.. yang dia akan terus kekal sampai tua,.. dia pasti dia akan mati, tapi bagi dia mati itu amat jauh lagi.. bukan sekarang, bukan dua jam lagi,..bukan dua minggu lagi.. bukan tahun depan.. bukan..  mati itu jauh lagi.. jauh amat..
kerana andai dia sedar , bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan, andai dia insaf bahawa mati itu boleh berlaku bila-bila masa, hatta ketika dia sedang berbual dengan orang lain,, malah boleh berlaku tatkala dia sedang bertikam lidah dengan suami, sedang menyakitkan hati suami,.. maka dia tidak akan berbuat maksiat,.. tidak akan derhaka pada suami, tidak akan mengabaikan amanah sebagai isteri dan ibu..
dia akan mampu tersenyum walau suaminya berpoligami.. dia akan tetap bahagia walau suaminya ketika itu tidak menggilirkannya,.. dia akan tetap tidak rasa derita walau orang menghina, mengeji.. tidak akan goyah pendiriannya walau apa cobaan yang mendatang…
kerana dia tahu, mati itu bila-bila masa..

Februari 10, 2011

hikmah kehidupan

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 8:52 pm
kekadang dalam menjalani kehidupan ini, kita nampak hanya yang zahir, kita tidak melihat dengan mata hati, kita tidak nampak yang tersirat.
apabila diuji dengan anak yang bermasalah, kita jadi putus asa. kita tidak nampak yang anak itu menjadi tempat Allah minta kita kembali kepadaNYA. mengharap hanya pada DIA. berserah sebulatnya kepadaNYA. bermunajat memohon , menangisi ketidakupayaan kita dalam mendidik anak tanpa bantuan dariNYA.
muhasabah diri kita agar kita sedar akan kesombongan diri kita selama ini, keangkuhan kita merasa yang kita ini hebat. namun, rupanya kita hanya hamba.
tidak mampu berbuat apapun tanpa izin dariNYA.
bila diuji dengan poligami, ramai yang terduduk, tidak mampu menerima hakikat, menganggap suami curang, suami tidak mengenang jasa, waktu susah mahu membina hidup dengan kita, tatkala senang tiba-tiba berkahwin lagi.
kita merasa sebagai isteri pertama kita selayaknya merasa cemburu amat dan menyerang madu bagai orang yang hilang kewarasan.
kita tidak nampak akan indahnya yang tersirat di sebalik poligami itu. fikiran kita terhijab oleh nafsu amarah dan sifat mazmumah kita yang tinggi.
yang nampak di mata hanya kenikmatan dan kemanisan yang dikecapi oleh madu bersama suami pada waktu yang sepatutnya suami guna untuk bersama kita dan anak-anak.
terasa yang masa kita dicuri dan bagai.
sekiranya kita isteri kedua pula, kita merasa tersiksa kerana sering diperli dan dipandang hina oleh masyarakat. kita rasa menderita kerana masa suami terbahagi, kita merasa sengsara kerana kasih berkongsi. atau pada yang menjadi isteri simpanan, menderita jiwa dan raga kerana perkahwinan langsung tidak diiktiraf. kita hanya menjadi isteri dalam diam.
mengapa tidak kita pandang segala jenis kehidupan yang kita lalui ini dengan pandangan mata dari sanubari muslimah mukminah kita?
mengapa tidak kita nampak akan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua kejadian? bukankah ‘everything happens with a reason?’…
mengapa tidak kita sedar akan hakikat bahawa allah yang maha pengasih itu tidak pernah menzalimi hambaNYA?
mengapa kita tidak pernah mahu menyemat kemas dalam lipatan hati kita ingatan bahawa Allah itu maha adil? DIA maha berkuasa. Dia yang menentukan segalanya.
betapa perjalanan hidup di dunia ini amat indah dan manis untuk dilalui walau hati terhempas ke batu, walau jiwa hancur seribu, namun kita tetap teguh berdiri menyakini
bahawa ini semua berlaku kerana DIA yang menetukan segala sesuatu itu sentiasa berbuat kebaikan kepada semua hambaNYA.
biarlah suami kahwin 4 sekalipun, biarlah bukan menjadi isteri kesayangan sekalipun, biarlah tidak dihargai diri kita oleh seorang insan pun di dunia ini, tapi kita tetap nampak bahawa hidup ini indah kerana TUHAn yang cintakan keindahan sentiasa mencipta keindahan itu walau dalam apa keadaan sekalipun.
yakinlah.

Februari 9, 2011

mengapa kita sakit

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 9:19 pm
tubuh kita bukan jasad semata, tetapi tubuh kita punya banyak elemen . antaranya adalah kekuatan rohani dan kekuatan imuniti.
untuk kekal sihat kesemua elemen ini juga perlu sihat.
kekuatan rohani dan imuniti mesti tinggi, barulah ada kekuatan pada jasad untuk kekal sihat.
lalu, kita wajib memelihara kesemua elemen tersebut agar tidak jatuh supaya kita tidak sakit.
namun, malangnya kini manusia rata-ratanya sakit, bukan sahaja sakit fizikal tetapi juga sakit mentalnya.
kebanyakan masalah ini berpunca kerana kekuatan rohani jatuh.
kenapa kekuatan rohani boleh jatuh?
antara sebab jatuhnya kekuatan rohani kita adalah kerana;
1.ujub (rasa bangga diri)
2.takutkan jin atau hantu, iblis dan yang seumpamanya (sekarang hebat sekali penayangan filem seram di media)
3.Tiada Allah dalam hati,
4.bimbang, was-was
5.dendam, pemarah, bangga diri, ego, payah terima pendapat orang lain
6.bakhil , berkira dengan harta.
7.berbuat dosa
8.tiada sunnah rasul dalam kehidupan
9.hati yang keras.

rawat kekuatan rohani ini maka kekuatan jasad turut terawat dan kekuatan dalaman akan tinggi semula lalu proses penyembuhan akan berlaku dengan pantas, kerana rohani yang tinggi akan meninggikan spritual dan minda, minda yang sihat akan membuatkan seseorang berfikiran positif, pabila selalu berfikiran positif, hidup akan ceria dan bahagia, orang yang ceria dan bahagia sukar untuk jatuh sakit dan kalau sakitpun mudah sekali untuk sembuh.
kekuatan rohani yang jatuh memerlukan banyak perkara yang perlu dirawat  kerana rohani melibatkan hati, keyakinan, harapan , doa, fokus, sangka dan niat.
1.rawatlah rohani dengan menaikkan rasa cintakan Allah dan rasul . sentiasa memperbaharui iman dengan menceritakan kehebatan Allah pada orang lain.
selalulah  bercerita tentang kehebatan yang di langit (kehebatan Allah)  dan ketakutan yang berlaku dalam tanah (azab dalam kubur) untuk tingkatkan rohani kita.
2.banyakkan zikir. zikr pula mesti melalui tiga proses, lafazkan di mulut, datangkan di minda dan rasakan di hati.
3.hormatkan waktu solat tatkala uzur dengan bertafakur dan duduk mengingati Allah , setiap kali masuk waktu.
insyaallah, kita jasad akan jadi sihat.
namun, jangan sesekali melakukan amalan dengan niat untuk sihat, buatlah dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah. hanya dengan niat yang betul sahaja , sesuatu amalan akan berkesan dan membawa manfaat kepada pengamal. niat yang betul itu adalah niat kerana allah semata, bukan kerana mengharapkan manfaat dari amalan,.. memberi manfaat bukan amalan yang kita lakukan, tetapi Allah, pulangkan haq pada yang berhaq.

Februari 4, 2011

kecil atau BESAR? terpulang pada kita untuk menentukannya

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 7:41 am
why make so much a big deal out of something? isnt it up to us if we want to turn the matter into something big or just think nothing out of it?..

the matter is big or small.., actually is up to us,
no one else responsible..

so what if we were being condemned by our boss, husbands or people ? we can turn the condemnations as a booster to be more
successful..

but if we took the negatives comments to heart and sulk we will be true to the comments..

kita yang menjadikan ia satu masalah atau kita juga yang boleh menjadikan ia satu ujian untuk mara ke hadapan,.. sekali kita memilih jalan yang tepat, laluan seterusnya akan jadi amat mudah.. yang kita perlukan adalah keyakinan terhadap diri sendiri bahawa kita mampu untuk sentiasa membawa yang terbaik dalam pemikiran kita, yakin bahawa kita mampu memberi yang terunggul pada diri kita..

insyaallah kita akan menjadi sebaik makhluk yang Allah
ciptakan sebagaimana selayaknya … ceria selalu walau orang beritahu kita , kita tak guna,.. jadikan ia azam untuk kita sentiasa pastikan kita insan yang berguna.. berguna pada keluarga, pada ibu bapa dan pada bangsa serta negara…


rasakan dalam diri bahawa kita wanita hebat dan mmapu menjadikan diri kita, suami dan anak-anak insan yang soleh, solehah dan musleh.. kalau bukan kita yang berfikir begitu, siapa lagi?


pemikiranlah racun dan pemikiran jugalah agen perubah dan pembawa kejayaan dan kebahagiaan . jadi sebelum kita mahu jadikan sesuatu itu masalah, dan sebelum kita jadikan sesuatu masalah itu besar,.. ubah pemikiran kita. then everything will turn different. just like that,,..


ingat, its all in your mind.. wether its small or BIG..

Februari 1, 2011

minda super sebagai perawat jiwa

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 9:47 pm
bukankah kita sebaik-baik ciptaan?
hanya kita makhluk Allah yang diberikan-NYA akal fikiran untuk kita gunakan sebaik-baiknya..
Mereka berkata; Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka, surah al-Mulk, ayat 10.
Mereka berkata; Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka, surah al-Mulk, ayat 10.
surah al-Baqarah ayat 164, bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir.
Maka ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-‘Araf, ayat 179)
“Adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pengajaran.” (Surah ar-Ra’d, ayat 19)
Firman Allah dalam surah Qaf ayat 6-8 bermaksud: “Maka, apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami (Allah) meninggikannya, dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai keretakan sedikit pun? Dan Kami (Allah) hamparkan bumi itu dan Kami (Allah) letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.”
minda kita sangat hebat..
telah banyak sekali kajian yang dilakukan oleh orang barat akan kehebatan minda..
malah ratusan buku-buku yang membincangkan menjadi orang yang super hebat dengan menghebatkan penggunaan minda pada semua peringkat terdapat di pasaran memenuhi rak-rak buku…
sebenarnya , kita sendiri mampu naikkan kehebatan minda kita dengan menggunakan kuasa doa dan minda itu sendiri.
apabila minda mantap. kita akan mampu merawat diri malah sampai satu tahap, minda akan menepis terus pemikiran negatif yang mahu meracun diri kita..
belajarlah bagaimana menguasai ilmu minda ini.

perlukah dihargai dan menghargai?

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 9:20 pm
memberi penghargaan semestinya wajib kita lakukan..
menghargai orang di sekeliling kita dalam semua hal, sebenarnya membawa keceriaan dan kebahagiaan di sekitar kehidupan kita..
hargailah, suami sendiri, ucapkan terima kasih, tunjukkan rasa syukur kita atas pengorbanan beliau terhadap kita dna anak-anak..
belikan hadiah, raikan kedatangan , kepulangan, dan pemergian beliau di dan dari sisi kita, dengan bangun berdiri dan wajah mempamerkan sepenuh senyuman yang ikhlas, datang dari hati kita.
tuliskan kad, atau hantar sms menyatakan penghargaan kita kepada nya.
hargailah anak-anak kita, ucapkan terima kasih atas bantuan mereka, senyum dan redho akan mereka,.. doakan kesejahteraan hidup mereka dan sentiasa masukkan ingatan atas mereka setiap kali kita bermunajat pada allah…
hargailah saudara mara, jiran tetangga dan rakan sepejabat.
namun, jangan sesekali mengharapkan diri kita dihargai…
ramai yang stress kerana apa yang mereka lakukan tidak dihargai..
pengorbanan yang dicurahkan tidak langsung suami tercinta nampak,. sudah lah tidak hargai apa yang kita buat, malah mudah pula mengkondem..
apa yang kita sumbang juga tidak diendahkan oleh ahli keluarga, ibu bapa sendiri juga seolah tidak tahu berterima kasih, anak -anak juga langsung tidak menghiraukan penat lelah kita melakukan semua perkara menguruskan dan mendidik mereka..
lalu,.. apa yang kita rasa?
kita akan kecewa, tertekan jiwa dan raga,.. rasa teramat penat dan akhirnya fed- up..
itu adalah kesan langsung pada mereka yang sentiasa mengharapkan diri mereka dihargai..
ucapan; aku juga manusia biasa, perlu dihargai dan tidak dipandang sebelah mata,..
sebenarnya sangat-sangat tidak sesuai dipegang,..
kata-kata itu adalah penjerut leher kita..
kita tidak perlu dihargai,.. kerana apa yang kita buat bukan untuk dihargai,.
malah kita langsung tidak boleh mengharapkan orang akan menghargai setiap pengorbanan, setiap perit, setiap jerih, setiap tenaga, wang ringgit dan segalanya yang telah kita beri dan lakukan..
kita lakukan semua itu,. ikhlas dengan niat kerana Allah..
maka, mengapa mahu dihargai dan bagai?
biarkanlah setiap perkara yang kita lakukan dengan ikhlas dan tenang kemudian lupakan…
biarlah Tuhan yang Maha esa yang tentukan…
jangan sesekali mengharapkan diri kita dihargai tetapi jangan sesekali lupa menghargai orang di sekeliling kita,..
insyaallah,, bahagia akan menjadi milik kita..
hidup ceria berilmu, beramal…

Januari 26, 2011

memandang dengan mata apakah kita ini?

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 3:36 am
meminjam peumpamaan daripada ustaz zul ramli, saya olah entri kali ini.
apabila kita melihat, dan mentafsir kehidupan kita di dunia yang fana ini, pandangan mata apakah yang kita guna?
adakah pandangan mata lalat atau pandangan mata lebah?
mengapa begitu yer?
lebah namanya sehingga disebut dalam al quran. malah ada satu surah khas menggunakan nama lebah ; annamlu.
hidup lebah, ambillah pengajaran…
dan darinya keluar madu yang manis, yang menjadi ubat bagi manusia…
malah rasul sendiri menjadikan madu lebah sebagai ubat bagi penyakit yang berasal dari perut,.. sedang kebanyakan penyakit memang berpunca dari perut..
lalu, apa istimewanya lebah dan bagaimana pandangan matanya berbeza dari pandangan mata lalat?
lebah, makhluk kejadian Allah yang senantiasa mencari bunga-bunga yang indah, wangi dan manis untuk dihinggap dan dihisap madunya bagi mencipta pula madu lebah..

andai dia berada dalam kawasan yang penuh dengan sampah sarap sekalipun, mata lebah tetap mencari kewujudan  bunga, dimanakah letaknya flora indah dan wangi dalam timbunan sampah yang busuk itu, dan dia akan tetap hinggap pada bungaan..
manakala lalat pula, matanya sentiasa mencari dimanakah adanya sampah dan sarap, bauan yang busuk untuk dia hinggap dan singgah, walau dia ketika itu berada dalam kebun bunga yang terbentang luas , dipenuhi dengan bungaan yang cantik, dikelilingi oleh bauan bunga mekar yang harum, namun sang lalat tetap tidak nampak semua itu, kerana dia hanya fokus pada mencari dimanakah letaknya bangkai dan bau yang hanyir.
lantas, andai kita mahu mengambil hidup lebah sebagai pengajaran, dengan mata siapakah yang mahu kita terbang dalam alam sementara ini untuk kita gunakan sebagai alat melihat?
beruntunglah sekiranya kita menggunakan mata lebah, kerana walau kita dikelilingi insan negatif, kita tetap dapat yang positif, andai kita ditenggelami dalam ujian hebat, kita tetap merasa bahagia, andai kita dicicipi kepahitan hidup, namun, yang terasa hanya kemanisan iman, walau kita dihujani mehnah dan tribulasi, kita tetap mampu mengambil yang cantik darinya, dari mana jua kita datang, bagaimana keadaan kita, kita tetap memandang bahawa pasti akan ada cahaya mentari di sebalik mendungnya awan hitam.
aduhai malangnya kita, jika kita memandang menggunakan mata lalat, walau disirami ribuan nikmat, kita tetap nampak kepahitan, kita tetap merasa penderitaan, kita tetap tenggelam dalam kesedihan, kita tak mampu bangun dan keluar dari kemelut kegetiran. hanya kerana kita sentiasa mencari yang busuk , walau diliputi jutaan wangian, kita tidak perasaan, kita  tidak nampak, kita buta mata hati.
hidup berilmu, ceria selalu…

Januari 19, 2011

peningkatan kes penyakit mental

Difailkan di bawah: kehidupan — intanrohaida @ 7:39 pm
statistik dikeluarkan baru-baru ini tentang peningkatan penyakit mental di kalangan masyarakat Malaysia . Kaum wanita didapati golongan paling ramai yang menghidap penyakit tersebut..
mengapa yer masalah ini berlaku?
sedang firman Allah swt.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”.(Ali Imran:110).
kita adalah umat terbaik yang Allah jadikan dan kita adalah sebaik – baik makhluk ciptaan Allah. kitalah yang bergelar khalifatullah…
lalu,.. di mana silapnya?
1. gersangnya jiwa.
jiwa manusia tidak lagi dipenuhi dengan taufik dan hidayah Allah, rahmat Allah lari beribu batu jauhnya .. manusia terbelenggu dengan sifat mazmumahnya sendiri.. tenggelam dalam kegelapan kezulmatan. tidak nampak cahaya…
2. runtuhnya benteng iman
sabda rasul,.. tafsirannya..  iman nya seorang gadis terletak pada malunya…
malangnya jelas dalam arus kemodenan kini,.. ramai gadis yang tergadai malunya..
pakaian tidak lagi menutup aurat sekadar pakaian ketat yang membalut tubuh dengan tudung pendek yang tidak lagi menutupi dada.. rambut yang diperangkan dan pegangan pada jodoh mesti dilalui dengan bercinta yang disulami dengn cumbu rayu dan disirami dengan perlakuan zina.. nauzubillahi min zalik..
3. keberadaban yang bukan lagi berkiblatkan kitabullah dan berpegang pada sunnah rasulullah.
bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan tidak lagi dipandang haram, pergaulan bebas dianggap bebas dari sifat kolot , malah berpeluk bercium hatta sampai ke tahap zina juga telah dianggap sebagai hak peribadi kerana kubur itu nafsu nafsi..

4. pemakanan yang rata-ratanya haram dan syubhah..
benar, tidak mengetahui makanan itu haram adalah  suci dari sudut feqah, namun, mengkonsum makanan yang haram tetap menjatuhkan kekuatan rohani baik kita sedar atau tidak. malangnya , apabila kekuatan rohani jatuh, kekuatan jasad juga jatuh, bila kekuatan jasad jatuh , kekuatan imuniti juga jatuh dan bila kekuatan rohani, jasad dan imuniti jatuh, maka jatuhlah juga kekuatan dalaman.
bila kekuatan dalaman jatuh, manusia bukan sahaja mudah berpenyakit malah akan mudah stress, murung, cemburu baran, hasad dengki dan bagai . lalu inilah antara punca sakit mental.

jelasnya, tanpa kekuatan dalaman, mana mungkin kita mahu melalui mehnah dan tribulasi hidup dengan sabar, ikhlas , tenang dan redho..
gagalnya kita untuk menerima semua qada dan qadar Allah dan tidak mampu menerima tekanan menyebabkan mental menjadi lemah dan bermasalah.
bagaimana mahu mengatasi?
1. berbalik pada sunnah rasul..
ikutlah sunnah rasul, dan jaga semua adabnya, adab makan, adab beristinjak, adab tidur dan bagai.
2. jaga pemakanan..

ingat sabda rasul junjungan:
kami adalah umat yang makan ketika kami lapar dan berhenti sebelum kami kenyang.
3. naikkan imuniti tubuh.
elakkan (jangan sesekali) tidur lepas subuh dan lepas asar.
banyak rahsia dalam mengikut sunnah rasul..

ambil satu sebagai contoh..
sunnah rasul tidur sejam selepas isya’ dan bangun ketika 2/3 malam (dalam lingkungan jam 3/4 pagi- mengikut perubahan waktu solat).

tidur awal waktu akan menjadikan otak berada dalam gelombang delta. hanya gelombang delta akan menyediakan otak untuk menerima tenaga sinar yang datang bersama gelapnya malam . tenaga sinar itu akan mentenagakan kelenjar pineal yang berfungsi merembeskan hormon melatonin ( hormon yang tak mampu dihasilkan secara makmal) yang bertindak sebagai agen pembawa kedamaian dan ketenangan dalam jiwa.
satu hormon yang perlu untuk menstabilkan jiwa dan merawat mental.
manakala bangun di awal pagi akan menyebabkan paru-paru dan jantung menerima oksigen yang tepu di udara dan  merawat organ tersebut, disamping tenaga cahaya warna violet yang keluar pada waktu itu mentenagakan kembali organ hipothalamus. hipothalamus adalah organ yang menjaga fokus dan tumpuan.. usus berfungsi dengan baik apabila minda mampu fokus.. usus yang sihat menjamin tubuh dan kesihatan yang sihat.
sebenarnya rahsia sunnah rasul tersimpul kebaikan yang dalam dan tinggi pada umatnya dan mampu dihuraikan secara saintifik.
amalkan sunnah rasul, bukan sekadar merawat masalah mental, malah menguatkan kekuatan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan langsung pada rohani , jasad dan imuniti tubuh.

hidup ceria, berilmu, beramal