1 Feb 2011


PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT
__________________________________________________________________________________

KOD KURSUS /COURSE CODE :                HBML 4403
TAJUK KURSUS /COURSE TITLE :                        KOMPETENSI DALAM BAHASA                                                                                    MELAYU

SEMESTER /SEMESTER :                            JANUARI/JANUARY 2011  
__________________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1.   Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa  modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course.

2.   Jawab  dalam  Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  /  Answer in Malay or English.

3.   Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4.   Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5.  Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

6.   Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE  file.

7.   Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 1 Mac 2011 hingga 7 Mac 2011. Serahan selepas 7 Mac 2011 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 1 March 2011 and 7 March 2011. Submission after 7 March 2011 will NOT be accepted.

8.   Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. /Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.




SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION



SOALAN / QUESTION

1.                  “...Bahasa adalah nadi kepada kehidupan manusia. Bahasa juga menjadi medium terpenting kepada manusia menyampaikan apa-apa maklumat yang terkandung  dalam minda  atau isi hati kepada pihak lain dan alat penyatuan bangsa.” (Zamri Mahamod:2007).

Berdasarkan pernyataan tersebut,  hasilkan sebuah rencana yang dicadangkan untuk dihantarkan kepada pihak penerbit. Rencana yang dihasilkan berkaitan dengan “Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia”.

Pelajar juga perlu menyediakan abstrak tidak lebih daripada 100 patah perkataan dan maklumat penerbit yang dicadangkan untuk menerbitkan rencana tersebut.

 (Jumlah: 30 markah)

ATAU

SOALAN TUGASAN 2

2.               “...seorang tukang kayu yang mahir, tidak akan ada kayu yang terbuang”. Hakikat ini sangat berkait rapat dengan aspek perancangan dalam melakukan sesuatu perkara.  (Sammuel H.M:2009).

Berdasarkan pernyataan tersebut, hasilkan satu kertas cadangan penganjuran Karnival Bahasa peringkat Negeri 2011. Kertas cadangan tersebut akan dimajukan  kepada pihak tertentu untuk tujuan kelulusan dengan format rasmi.

(Jumlah: 30 markah)


PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1.                  Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.
2.                  Setiap huraian perlu disertakan contoh-contoh yang berkaitan dan relevan.
3.                  Kedua-dua soalan memerlukan pelajar memberikan contoh berdasarkan aplikasi pengajaran di dalam kelas  atau  berdasarkan perancangan yang dibuat untuk sesuatu topik pengajaran bahasa atau sesuatu kemahiran berbahasa.
4.                  Pemarkahan juga dinilai berdasarkan kreativiti dan “keupayaan berfikir di luar kotak” dalam menterjemah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran bahasa.
5.                  Sila gunakan sistem APA untuk sebarang kutipan kata atau sumber rujukan.
6.                  Soalan (1), anda boleh menulis berdasarkan panduan berikut:
(a)                Pengenalan tentang kepentingan dan peranan bahasa.
(b)               Perbincangan tentang isu atau masalah yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu penting sebagai alat perhubungan dan wahana penyatuan bangsa.
(c)                Penutup dengan memberikan ulasan atau pandangan menyeluruh anda serta cadangan yang relevan.
7.                  Soalan (2), anda perlu menulis berdasarkan format yang rasmi seperti berikut:
(a)                Tajuk program
(b)               Tujuan program
(c)                Latar belakang
(d)               Maklumat program
(e)                Justifikasi program
(f)                 Impak program
(g)                Implikasi kewangan
(h)                Penutup
8.                  Sila berbincang dan dapatkan khidmat nasihat daripada tutor anda untuk memastikan penulisan anda baik dan cemerlang.


________________________________________________________________________
PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini akan menyumbangkan 30 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik / Skema Jawapan. / This assignment accounts for 30 % of the marks for the course mentioned and shall be assessed based on the Rubrics / Answer Scheme.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be informed of the assignment mark before the Final Semester Examination commences.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION  
     
Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan.  Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:  /  Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

§         Tugasan dengan kandungan 10 - 30 % yang sama dengan lain: 20% potongan daripada jumlah markah yang diperolehi.
§         Tugasan melebihi kandungan 30 % yang sama dengan lain: Markah sifar akan diberikan.
·        Assignments with 10 - 30 % overlap with others:  20% deduction from the total marks scored.
·        Assignments with more than 30% overlap with others : Zero mark would be given
           
MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE