8 Jan 2011

Majalah Dalam Kelas (MDK)

Tingkatan 4 Ibnu Sina 2011

Tingkatan 3 Al Khawarizmi 2011

Penggunaan Majalah Dalam Kelas (MDK) merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Lantaran itu, panitia bahasa Melayu yang diterajui oleh Puan Hajah  Zauyah Bt Mat  dengan kerjasama bidang bahasa yang dipimpin oleh Cik Hajah Nafizah bt Abd Wahab telah mengusahakan penggunaan majalah Dewan Siswa semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

       Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama PedasNegeri Sembilan tahun ini iaitu Cik Hajah Nafizah Bt Abd Wahab(Ketua Bidang Bahasa), Puan Hajah Zauyah Bt Mat
( Ketua Panitia Bahasa Melayu), Puan Suzilah Sobi, Puan Hairuslina Bt Abd Rahman, Cik Sallina Bt Ujang, Puan Noraida Bt Ariffin, Puan Azibah Bt Ismail dan Puan Rosiah Bt Othman.

      Antara aktiviti yang dilaksanakan dengan menggunakan Dewan Siswa ialah kuiz, teka silang kata, Mencari Kosa Kata Menarik, Menulis Peribahasa, Menulis Karangan dan banyak lagi. Penggunaan Majalah lebih menarik dan terancang apabila guru-guru menggunakan buku panduan pengunaan Majalah Dalam Kelas oleh Cikgu Azizul Rahman dengan kerjasama Unit Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka,(DBP)

    Pelajar-pelajar  pula begitu gembira dan amat berminat menggunakan Dewan Siswa dalam  sesi pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu.