13 Dis 2010

Raudhah


Rasa syukur kerana diizinkan- Nya menjadi tetamu- Nya.
Kenangan indah bertemu Ustazah Nur Bahiyah di pintu  Raudhah
Kenangan istimewa.berpimpin tangan dengan ustazah menuju pusara Rasullullah, mengucap selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah mengharap syafaat baginda.
Syukur ke hadrat Allah solat di barisan hadapan di Raudhah bersebelahan dengan ustazah dengan penuh tenang tanpa gangguan.
Nikmatnya berdoa di sisi ustazah di taman syurga Allah.
Pertemuan di Raudhah buat pertama kali ini sungguh indah..semoga akan ada lagi pertemuan seterusnya di taman syurga Allah ini yang lebih indah..

Ya Allah..rinduku pada Raudhah tidak pernah padam.rindu ku semakin memuncak setiap kali kutatap gambarmu.Ya Allah luaskan pintu untuk ku menuju ke taman syurga Mu. Raudhah