20 Dis 2010

Perancangan Strategik Panitia Bahasa Melayu

Isu
Mencapai peratus kelulusan 100% SPM, GPMP 3.5 dan 40% gred A+, A, A- (cemerlang) 
Masalah
  1. Peratusan lulus matapelajaran Bahasa Melayu tidak dapat dikekalkan pada 100% dalam SPM 2009 dengan pencapaian peratusan kelulusan 96.43% (-3.57%), GPMP 5.07 (-0.66) dan Percubaan SPM 2010 dengan pencapaian peratusan kelulusan 84.29%, GPMP 4.63
  2. Peratusan pelajar yang mendapat gred A+, A, A- (cemerlang)  bagi matapelajaran Bahasa Melayu tidak mencapai 35% dalam SPM 2009 (26.79%) dan Percubaan SPM 2010 (31.43%) 
  3. Keupayaan pelajar menjawab bahagian esei pada tahap lemah 
Matlamat
  1. Meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM mencapai 100% dan GPMP 3.5 menjelang tahun 2012.
  2. Meningkatkan peratus pelajar mendapat gred A+, A, A- (cemerlang)  bagi matapelajaran Bahasa Melayu sehingga mencapai 40% menjelang tahun 2012. 
  3. Meningkatkan keupayaan pelajar menjawab bahagian esei sehingga mencapai 60% menjelang 2012. 
Strategi
  1. Meningkatkan kualiti pengajaran guru mata pelajaran Bahasa Melayu. 
  2. Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
  3. Meningkatkan keupayaan pelajar menjawab bahagian esei.
Indikator Pencapaian
  1. Peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu. 
  2. Peratusan pelajar yang mendapat gred A+, A, A- (cemerlang)  bagi matapelajaran Bahasa Melayu dalam SPM.
  3. Keupayaan pelajar menjawab bahagian esei.