12 Dis 2010

Pengajaran dan Pembelajaran

UR

TEKNIK MENGAJAR BAHASA

Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
1- Teknik Drama
· Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif, dan audiolingual.
· Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
· Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.
· Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
· Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
Teknik Simulasi
· Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu, atau tugasan semula.
· Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi penting.
· Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
· Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
2 - Teknik Bercerita
· Merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
· Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan.
· Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan pelajar.
· Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata.
· Suara memainkan peranan yang penting yang harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
· Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, dan minat murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
· Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek bahasa.
· Hafazkan frasa atau ayat penting.
· Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
· Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
· Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar, atau BBM lain.
· Sediakan kad perkataan, frasa, atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan.
3 - Teknik Permainan Bahasa
· Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
· Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna, dan sebagai alat dianogstik.
· Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Ia diintepretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
· merangsang interaksi verbal pelajar,
· menambah kefasihan dan keyakinan,
· menyediakan konteks pembelajaran,
· bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, dan
· bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan penggayaan.
Permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang mengandungi unsur bermain yang menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronkkan, bersahaja dan bermakna.
Jenis-jenis permainan bahasa digolongkan mengikut tumpuan kemahiran tertentu.
KEMAHIRAN
AKTIVITI
Mendengar
Mengecam, meneka bunyi tertentu atau penyataan yang diberikan.
Bertutur
Menceritakan kembali cerita yang didengar, main teka teki, meneka tokoh, membisik pesanan atau nyayian-puisi.
Membaca
Membaca teks sastera, menyesuaikan gambar dengan cerita atau silang kata.
Menulis
Menulis dialog berdasarkan teks atau kartun, menulis sinopsis, membina ayat dll.
Bentuk permainan bahasa: ‘Permainan bahasa terdiri daripada dua bentuk.
· Bentuk pertandingan
· Bentuk penghayatan kendiri.
Langkah pelaksanaan:
Sebelum:
· Menentukan jenis permainan
· Cara permainan ( innndividu, pasangan, kumpulan )
· Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.
Semasa:
ÿ Peringkat awal, induksi set.
ÿ Peringkat pertengahan langkah pengajaran.
ÿ Peringkat akhir kemahiran pengukuhan
Selepas:
ÿ Menentukan semua bahan disimpan semula.
ÿ Perbincangan guru-pelajar.
4 - Teknik latih tubi
· Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
· Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya.
· Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
· Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat, atau mengingat fakta-fakta penting.
· Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
· Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
· Sebutan - Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
· Tatabahasa - Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa daripada semua aspek.
· Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
· Kefasihan - Menggunakan perkataan lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
Kefahaman – latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah teknik ini mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan