Panduan Umum
1. Soalan ringkasan dikemukakan dalam bahagian A ( I ), kertas 2 ( 02/2 )
2. Soalan ini wajib dijawab oleh calon
3. Tiada pilihan soalan untuk bahagian ini.
4. Petikan umum daripada majalah , surat khabar , artikel dan bahan lainkan diberikan.
5. Panjang setiap petikan ialah sekitar 250 hingga 300 patah perkataan.
6. Biasanya dibentuk dalam 4 hingga 5 perenggan maksima
7. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan sahaja
8. Masa menjawab bahagian ini dicadangkan selama 40 minit sahaja.
Persediaan awal
- membaca petikan secara sekali imbas untuk mendapatkan isi / isu
- lihat soalan – dapatkan kata kunci soalan
- biasanya soalan berkaitan dengan – langkah mengatasi/faedah / kebaikan / keburukan / sebab / punca
- cari isi dalam petikan dengan cara menggariskan perkataan yang membawa maksud dan menepati kehendak soalan tadi
- sebagai langkah keselamatan – semua nama khas ( kementerian , nama menteri , jawatan ) dianggap tidak perlu ditulis kerana biasanya diangggap huraian bukan isi tetapi ayat selepas itu dianggap sangat penting untuk disemak . biasanya ia akan berada pada bahagian ini
- tidak dianggap isi – perangkaan , tarikh , cogan kata , peribahasa , ada perkataan seperti / contohnya /
- kirakan jumlah isi
- kirakan jumlah perkataan yang digariskan
- pastikan ia menepati kehendak soalan
bilangan 5 isi biasanya memadai untuk mendapatkan markah.
sebagai langkah keselamatan cuba dapatkan 6 isi jka pelajar berasa bimbang isi yang diutarakan tidak menepati kehendak soalan. Namun pelajar dinasihat agar menjaga jumlah patah perkataan
semasa menulis jawapan masukkan beberapa perkataan sebagai penanda wacana untuk menyambungkan idea .
contohnya ialah langkah seterusnya ialah , ..... juga mampu ...... , seterusnya , dalam pada itu , oleh hal yang demikian , walaubagaimanapun , di samping itu
setelah selesai menulis kirakan semula jumlah perkataan sebenar yang anda tulis. Biasanya kata nama khas , kata sendi , kata ganda , kata kunci dianggap satu perkataan sahaja.
Kelemahan biasa pelajar
- menulis pengenalan pada awal ringkasan
- menulis kesimpulan pada ringkasan
- meletakkan perkataan ; akhirnya/ kesimpulannya ( menandakan ada kesimpulan ) pada ringkasan
- menganggap ringkasan hanya perlu mengurangkan jumlah perkataan pada petikan dengan membuang perkataan yang dianggap tidak perlu / tidak penting tidak merujuk kepada kehendak soalan
- menggunakan idea sendiri semasa menulis ringkasan
- jumlah patah perkataan melebihi 80 patah perkataan kerana hanya menyalin sahaja beberapa ayat tanpa melakukan proses meringkas
- isi tidak menepati kehendak soalan – tidak melihat kata kunci