10 Dis 2010

Nilam Guru oleh Rosiah Bt Othman

1.0    Pengenalan Buku

Tajuk Buku  :  Ensiklopedi Fiqih Wanita - Jilid 1
Pengarang   :  Abu Malik Kamal Bin As- Sayyid Salam
Penerbit      :  Pustaka Ibnu Katsir, Bogor,Jakarta
Jumlah Muka Surat  : 506
Sumber   :  Perpustakaan Peribadi Keluarga
Harga Buku  :  RM45.00
Kedai Buku  : Kedai Buku As Syabab Bangi
Tarikh Beli   :  17 December 2009
Tarikh Mula Baca : 20 December 2009
Tarikh Tamat Baca  :  27 December 2009

2.0   Isi Kandungan Buku

        Buku ini menerangkan secara mendalam tentang bab bersuci, solat, jenazah, zakat, dan puasa. Pengarang menerangkan hukum- hakam secara panjang lebar dan memberi penelitian terutamanya kepada masalah fekah wanita.

3.0  Keistimewaan Buku
        Buku ini dihuraikan secara mudah, lengkap , semasa dan menyenangkan  serta disertai dengan dalil-dalil al quran dan as- sunnah yang sahih merujuk pada kitab-kitaab Syeikh Al Bani dan lain-lain.


4.0  Pengalaman Ketika Membaca Buku
       Pengarang begitu teliti ketika menghurai, setiap fakta yang dinyakan disulami dengan dalil sama ada ayat ai quran mahupun hadis. Ketika membaca kita dapat merasakan , betapa telitinya pengarang sehingga merasakan ilmu dan hukum fekah ini memang luas.
5.0  Pengajaran
         Terlalu banyak hukum dan peraturan yang belum kita ketahui dengan jelas dalam kehidupan seharian. Ada ketikanya perkara yang selalu kita lakukan itu tidak menepati syariat ang ditetapkan.

6.0  Rumusan
         Buku fekah ini memang penting untuk dibaca dan dijadikan sumber rujukan. Malahan sebelum mengikuti mana-mana kelas fardhu ain kita perlu membaca buku ini sebagai landasan untuk kita memahami ilmu fekah itu sendiri.


Tarikh Ulasan   :  10 December 2010