Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).
Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)
Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”
Di dalam bulan Ramadhan nanti, (terutamanya pada awal bulan) kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai solat sendiri di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang kata, “Senang solat kat masjid, kita cuma baca Fatihah jer……….., dapat jumpa kawan……….”
Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja. Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi SAW tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”
Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah SAW. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Mohon maaf jika terlanjur bicara. Moga ada manfaatnya. Wassalam.
Rujukan:
1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan
2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
3. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
3.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
3.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
3.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
3.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
3.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
3.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
3.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
3.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
3.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.