9 Dis 2010

Amalan- Amalan Wajib bagi Pesakit yang Mengalami Gangguan Jin-arabmykrk.com


Sakit ‘gangguan jin’ memang memeritkan. Datangnya tidak menentu. Namun, jika diamat-amati ternyata penyebabnya ialah nipisnya ‘benteng’ diri pesakit (walaupun bukan semua pesakit – maaf). Seandainya pesakit sudah disahkan sembuh, amalan-amalan kerohanian seumpama amalan fardu dan sunat (sunnah) amat perlu dititik-beratkan. Jika anda leka dan bermalas-malasan, maka bersiap siagalah dengan gangguan-gangguan mereka. Anda harus akur bahawa tubuh badan anda sudah bukan seperti insan normal lainnya. Di dalam badan anda sudah ada highway laluan mereka. Tutupi jalan-jalan tersebut dengan amalan-amalan agama.
alahai jin, alahai setan.......Mungkin begini rupa makhluk itu.

Nota: Jangan ajuk atau tiru bahasa syaitan itu ye. (m_ _ p _ _ _). Tak elok anak-anak. Baca dalam hati cukuplah lepas tu istighfar, ok?
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى amat mengasihi anda. Dia memberi ujian tersebut kerana hakikatnya Dia mahu memberi anda amalan tambahan agar anda lebih dekat kepadaNya. Menurut sepotong hadith, (mafhumnya lebih kurang); Allah سبحانه وتعالى telah menetapkan kedudukan seseorang pada suatu darjat tertentu, namun apabila Allah mendapati orang tersebut belum juga dapat mencapai tahap yang telah Dia tetapkan melalui amalannya, maka Allah سبحانه وتعالى menurunkan ujian berupa sakit dan sebagainya, agar dengan pahala penanggungan sakit dan lain-lain ujian itu, hamba tersebut akan sampai ke darjat tersebut. Oh, betapa Maha Pengasihnya Allah……..
Nota di bawah ini saya petik daripada: Forum Rawatan Sihir
Di sini saya perturunkan beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh pesakit gangguan makluk halus/sihir yang disyorkan oleh ustaz Haji Abdul Malik Bin Haji Ladzim, iaitu anak murid Ustaz Walid Salam Bali, Mesir. Amalan-amalan ini bolehlah ditokok tambah atau disesuaikan dengan beberapa amalan yang pernah disyorkan di dalam forum ini.

AMALAN WAJIB PESAKIT


1. Solat berjemaah di masjid/surau
2. Sentiasa berwudhuk
3. Baca بـِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَـٰــن ِ الرَّحِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan
4. Amalkan selepas solat subuh 100 kali.
لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ اللـَّـهُ وَحـْــدَهُ لاَ شـَــر ِيــكَ لـَـهُ، لـَـهُ الـْـمُـلـْـكُ وَلـَـهُ الـْحـَمـْــدُ يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ وَهُــوَ عـَــلـَى كـُلّ ِشـَــيْءٍ قـَــدِيـرٌ
Nota: Perkataan يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ boleh disebut atau tidak (terpulang), tetapi hadith riwayat Bukhari tidak menyebut perkataan tersebut. Harap maklum.

5. Amalkan membaca al-Quran
- PAGI as-Soffat / Yassin
- PETANG ad-Dhukan / al-Jin
6. Denar CD Ruqyah Syariah sehari 3 kali (Wajib dengar dengan khusyuk).
7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
8. Jangan sesekali mendengar muzik yang diharamkan syariat.
9. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
10. Perbanyakkan ucapan istighfar 100 kali sehari atau lebih.
11. Jangan berburuk sangka dengan Allah سبحانه وتعالى dan sesama manusia.
12. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.
- al-Fatihah
- al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 spt di bawah. 


(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
13. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur:
- al-ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus / isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian. Lakukan seperti itu 3kali.
14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.
15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.
Himpunan amalan berikut adalah yang termudah dan paling pantas untuk melindungi diri dan rumah kita dari gangguan jin/syaitan.
Amalan berikut adalah dijamin ada hadithnya terutamanya 10 ayat daripada surah al-Baqarah, dan amalan Tasbih Nabi Yunus:

Diamalkan SETIAP PAGI dan SETIAP SELEPAS ASAR (nak amal lebih lagi bagus):


1. Al-Baqarah ayat 1-4, 255-257, 284-286 (Sila rujuk di ***1 di bawah, halaman 3 dan 4).
( anggaran 3 minit )
2. Salawat/Darood 50 kali – yang paling pendek ialah “ALLAH humma sali ‘ala Muhammad”
اللـَّــهـُــمَّ صـَــلّ ِ عـَــلـَــى مـُــحـَــمـّـَــدٍ

( anggaran 5 minit )
3. Tasbih Yunos 100x – sila rujuk Surah al-Anbiya 87 untuk Arabnya; sebutannya “LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOOLIMIIIIIIN”
لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ أ َنـْــت َ سـُــبـْــحَــانـَــكَ إ ِنـِّـى كـُــنـْــت ُ مـِــن َ الظـّـَالـِــمـِــيــن

( anggaran 10 minit )
InsyaAllah dengan melaburkan masa 20 minit setiap pagi atau setiap petang, kita akan rasa lebih tenang, dan seterusnya tinggi tumpuan kita kepada kerja dan amal.
Amalan tersebut, insyaAllah dapat melindungi diri daripada dimasukki jin; samada jin sihir atau jin tanam anggur.
Sekiranya jin memasuki tubuh badan kita, kita akan: 
1. Rasa takut melihat cermin di waktu malam (sebab akan nampak satu muka lain yang gelap dan menakutkan).
2. Rasa malas lakukan kerja atau solat.
3. Rasa lenguh berat di leher atau di bahu.
4. Membuat kita rasa pening, migrain atau susah berfikir.
5. Rasa sakit tetapi doktor pun tidak tahu apa puncanya walhal macam2 test darah, test X-ray, MRI, CT-scan dijalankan.
Selain itu, amalan diatas insyaAllah dapat menghalang jin/syaitan daripada memasuki kediaman/rumah kita:
Sekiranya jin/syaitan dapat masuk, mereka akan:
1. Menyebabkan anak kecil menjerit malam-malam buta, selain takut melihat sesuatu yang kita tidak Nampak.
2. Menganggu rehat tidur kita kerana dada atau kepala kita akan rasa ditindih benda berat.
3. Duduk atau berdiri berdekatan kita menyebabkan kita rasa rimas seolah-olah ada sesuatu yang menakutkan berdekatan kita.
4. Membuat bising di rumah – ketuk pintu, bumbung, alih kerusi meja dan lain-lain.
Untuk mereka yang ada masa, cuba juga tambahkan amalan seperti membaca Surah al-Baqarah sekali atau Surah Yasin sekali atau tiga kali setiap hari.

Secebis kisah masyarakat……………

“Sepulangnya dari berubat, badan saya terasa amat ringan dan boleh duduk tegak di atas kerusi sebelah pemandu. Selama ini masuk saja ke dalam kereta, sudah pasti kerusi itu terus saya baringkan. Kalau memandu pun saya memandu dalam keadaan kerusi pemandu yang hampir terbaring, tapi mesti kereta auto dan power stering. Kalau tidak, balik rumah tidurlah tak bangun-bangun sampai esok. Sampai rumah apa lagi, saya pun mengemaslah rumah yang macam sarang jin itu. Selama ini saya memang tidak pernah menjemput orang datang ke rumah kerana malu dengan keadaan rumah yang bersepah. Tetapi malangnya hanya dua hari sahaja saya sihat. Selama dua hari itu pula suami saya terganggu-ganggu tidurnya. Ada yang mencakar kaki dan menghempapnya.
Ketika ini saya merasakan badan saya amat sensitif kepada persekitaran. Dekat dengan pinggan mangkuk kotor sakit, dekat dengan kain baju berlonggok tidak berlipat sakit, dekat dengan benda yang berpalang atau bergantung sakit, dekat dengan sampah sakit, keluar rumah, sakit. Lihat suami, sakit. Tengok tv, sakit. Dengar radio pun sakit. Membuang sampah di belakang rumah lagilah sakit. Apabila sakit masih berterusan, seorang lagi kawan mengajak kami ke rumah seorang ustaz. Berubat tiga kali belum sembuh juga. Ustaz itu menyuruh saya membaca doa manzil berterusan, bersedekah, berpuasa dan solat sunat taubat. Badan saya di’alin’ dengan tujuh biji telur ayam kampung sebanyak dua sesi. Malangnya tiada apa-apa yang ditemui di dalam telur itu. Beliau mengatakan bahawa kalau orang ‘memberi’ samada separuh jin di badannya berpindah kepada orang yang diberi atau dia sudah tidak tahan hendak membelanya. Badan saya kesakitan kerana ‘mereka’ tidak serasi dengan saya (tidak diamalkan, lalu mereka tidak mendapat ‘upah’). Dia juga memberitahu bahawa badan saya sudah menjadi seperti magnet. Apabila berpapasan dengan mana-mana jin, kesemua mereka akan memasuki badan saya. Jika berdekatan dengan orang yang membuat pemujaan, jin akan datang tetapi bukan ke arah mereka sebaliknya kepada saya…….ya Allah………saya sentiasa ketakutan di dalam rumah. Pintu dan tingkap bertutup rapat sebab kadangkala sedang saya membaca surah Al-Baqarah pun (saya baca tiga hari sekali sejak berubat) badan tetap terasa sakit, bila diperiksa rupanya ada satu tingkap yang terbuka.
Penunjuk bahawa saya ini sihat ialah kemampuan saya untuk bersolat sambil berdiri. Tetapi yang sedihnya sedang saya elok solat berdiri, andai kedengaran loceng jiran India depan rumah saya bersembahyang, tidak semena-mena terjelepuk saya terduduk di dalam solat itu. Sedang molek membasuh pinggan, tiba-tiba nak terduduk bila kedengaran loceng India belakang rumah bersembahyang ‘dhuha’. Pergi ke kedai orang Melayu (laris kedai ini), tetapi semasa hendak membayar di kaunter, kepala saya seperti disambar elektrik. Cepat-cepat saya ke belakang, lega sedikit. Pergi lagi ke kaunter tempat tuan kedai tu berdiri, sekali lagi kepala saya zzzzzrrrrt….aduhai, kenapakah ini?……Makan di kedai pun masalah juga, saya terpaksa pastikan bahawa tuan punya kedai tidak menggunakan pelaris ‘jin’. Jika tidak, walaupun makanan itu ditempah oleh seseorang dan diletakkan di surau untuk diagih-agihkan kepada ahli jemaah, lalu ‘orang berpenyakit’ seperti saya memakannya…..jawablah…..menungging……..ini bukan kasyaf tetapi penyakit….Paling menyakitkan dan taubat kalau bersebelahan dengan orang yang berpenyakit sama dengan saya. Waduh…….nggak tahan……sakitnya pak……Susah jadinya….. yang senang duduk dalam rumah diam-diam. Sejak berubat juga barulah insan jahil seperti saya ini mengetahui bahawa untuk membuat air doa ialah dengan menggunakan air yang belum dipanaskan di atas api seperti air zam-zam, air hujan atau air mineral (yang bertutup biru bukan putih).
Pernah sekali suami saya mengadu dalam tidurnya dia dikacau oleh makhluk seperti manusia tetapi bersirip seperti ikan. Setelah beliau ucapkan kepadanya, “la haula walaa quwwata illa billaah”
“لاَ حـَــوْلَ وَلاَ قـُــوَّة َإ ِلاَّ بـِــاللهِ”
makhluk itu terus mengecil dan lenyap. Lantas saya pun teringat dahulu semasa menjadi anak angkat Pak Abu. Hairan juga, keluarga-keluarga angkat peserta kursus yang lain dihidangkan dengan lauk ikan yang besar-besar dan dimasak dengan pelbagai cara, tapi keluarga angkat saya pula tidak menyediakan lauk ikan walau seekor pun. Mengapa ye?……..
Malam nak tidur jangan ceritalah, baca ayat macam-macam; awal surah A-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepas ayat Kursi, tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah, Tiga Kul (isyarat meludah lalu sapu ke seluruh badan), tasbih fatimah, dua tiga macam doa tidur, 5 ayat terakhir Surah Al-Kahf. Lelapkan mata, eh, mereka datang! Macam-macam rupa….macam rupa hantu-hantu yang dalam tv tu lah, mula-mula takut, lama-lama senyum jelah kat dia orang. Alamak, takleh tido……..camner ni……..Alhamdulillah suatu pagi tu dengan kehendak Allah saya terdengar doa elak gangguan semasa tidur dari radio. “Auuzu bikalimaatillahit taaaaaammati min ghodhobihi wa’iqobihii wasyarri ‘ibaadihii wa min hamazaatisy syayatiini waany yahdhuruuuun”
أ َعـُــوذ ُ بـِــكـَــلـِــمـَــاتِ اللهِ التـّـَـآمـّـَـاتِ مـِــن ْ غـَــضـَــبـِــهِ وَعِــقـَــابـِــه وَشـَــرّ ِعـِــبـَــادِهِ وَمـِــن ْ هـَــمَــز َاتِ الشـّـَــيـَــاطِــيــن وَأ َن يـَــحـْــضـُــرُون
Sebelum tidur, kalau teringat, saya baca awal-awal. Kalau terlupa, dia datang…..nak buat tak tahu?……hemph, tak tidur sampai pagi nanti! bacakan sekali, dua kali….hilang terus rupa makhluk tu. Benarlah, Allah Maha kuasa, makhluk langsung tiada kuasa, kita minta perlindungan daripada Allah kalau mereka mengganggu.
Pesanku kepada pembaca budiman. Jangan ambil mudah perkara ini. Jangan mudah percaya kepada orang lain. Sekiranya anda diberi ilmu seperti ini, tolonglah jangan amalkan tetapi jangan pula anda membiarkannya begitu sahaja, kelak akan menjadi seperti saya. Sebaliknya pulangkan semula kepadanya secara baik. Jika anda ternampak mentera-mentera berbahasa Melayu di mana-mana walaupun diakhiri dengan ‘dengan berkat kalimah la ilaha illallah’, tolonglah….jangan dibaca langsung. Once (sekali) anda membacanya, khadam ayat itu akan datang dan tidak bakal pergi kecuali di’buangkan’ oleh mereka yang mahir. Jin / syaitan memang menunggu-nunggu peluang untuk menjadikan anda syirik kepada Allah. Setiap kerja yang mereka lakukan, pasti berkehendakan upah sehingga akhirnya anda terpaksa mensyirikkan Allah barulah mereka akan menjalankan kerja yang anda pinta. Samada untuk; kelihatan hebat, disayangi orang, penjaga harta, kelihatan cantik, menjarangkan anak dan sebagainya. Hidup di dunia hanya sementara, akhirat jua tempat yang kekal abadi. Meminta hanya kepada Allah dan bukan yang selainNya. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah sedaging tetapi kepada sesiapa sahaja malah mungkin tanpa disedari penerimanya. Ambil tahu kegiatan anak-anak anda, sebab mereka memang suka mencuba. Mudah-mudahan iman kita terpelihara sehingga kita selamat bertemuNya……..aamiiiiiin. Wallaahua’lam.”
Rujukan:
***1Scribd (Sila belajar secara bertalaqqi -menghadap- guru al-Qur’an bagi mempastikan bacaan anda benar sebelum mengamalkannya)
2. Forum Rawatan Sihir
3. Majalah ASUH GALERI ILMU SDN. BHD.
4. Virtual Friends.net