19 Okt 2014
8 Okt 2014
AYAT SONGSANG DAN AYAT BIASA
Ayat songsang adalah ayat yang sebahagian atau keseluruhan predikat berada di hadapan binaan subjek. Perubahan kedudukan konsituen ini tidak melibatkan proses mempasifkan kata kerja transitif. Jadi ayat songsang tidak semestinya ayat pasif.
Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.
Cuba lihat ayat di bawah:
a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak
b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.
Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :
a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.
Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
(Sumber blog bmspm.net)
Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.
Cuba lihat ayat di bawah:
a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak
b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.
Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :
a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.
Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
(Sumber blog bmspm.net)
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.
Pak Abu telah membaiki mesin tebu itu.
2. Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari.
Ahli persatuan telah melantik Encik Tarmizi sebagai bendahari.
3. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui segera.
Engkau hendaklah segera memperbaharui lesen memandu.
4. Pokok rambutan jantan itu saya tebang kelmarin.
Saya menebang pokok rambutan jantan itu kelmarin.
5. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.
Kami membina rumah peserta PPRT secara bergotong-royong.
6. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.
Ramli membeli sebentuk cincin berlian untuk Jamilah.
7. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.
Sultan menitahkan perintah itu kepada Laksamana Khoja Hassan.
8. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.
Dia menjalankan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.
9. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.
Kami menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.
10. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.
Kamil menghadiahi Elesa sebuah kamera digital yang mahal.
11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
Kami menghargai segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya.
Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya mencantas dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu.
13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh kerajaan.
Kerajaan telah melakukan berbagai-bagai cara untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat.
14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur
dalam projek yang dijalankan itu.
Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin melabur
dalam projek yang dijalankan itu.
15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.
Dia menggilap barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu sehingga berkilat.
16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak .
Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak .
18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.
Juruhebah kesukaan ramai itu selalu menyiarkan lagu-lagu kegemaran pendengar sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.
19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan.
Canselor Universiti Teknologi Malaysia mengisytiharkan Ahmad sebagai Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan.
20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.
Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu.
(Sumber : Blog spmbm.net
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan ...
-
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kej...