10 Sep 2015

KRITIKAN MASYARAKAT - NOVEL MELUNAS RINDU

Kritikan pengarang terhadap masyarakat dalam novel.

 Novel - Melunas Rindu karya Hartini Hamzah .

 Kepincangan yang berlaku: Masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

 Huraian: Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi.

 Misalnya,

 Dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

 Masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga

 Huraian:

 Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.

Sumber
Cikgu Juilis- Modul Melatup 2015