30 Sep 2011

DIARI SOLEHAH EP 07

SITI NORHAFIDZA RAZALI-USTAZAH PILIHAN, SARAH AZIZUL-SOLEHAH


Pencarian pelapis pendakwah muda wanita berakhir apabila pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai lalu.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, pihaknya hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

Senarai Nama 11 Finalis Peserta Ustazah Pilihan Astro Oasis
klik link pada nama untuk melihat biodata & gambar bagi setiap peserta.
  1. Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20
  2. Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21
  3. Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21
  4. Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21
  5. Masfira Hilman (Fira),27
  6. Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27
  7. Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21
  8. Nurul Hidayah Kamarudin (Hidayah),26
  9.  Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23
  10. Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26
  11.  Maryanti Ramle (Yanti),23

 Bekas pelajar SMKA Pedas(SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail)
Pelajar BADAR dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan.



29 Sep 2011

MAJLIS REDA ILMU CALON PMR 2011









Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)





Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



Semoga dengan sedikit ilmu dan amalan doa ini dapat kita sama-sama amalkan bukan sahaja untuk waktu peperiksaan, tetapi juga dalam setiap waktu kerna kehidupan kita di dunia ini adalah peperiksaan dan ujian. SUCI Society mengucapkan semoga dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.. insyaAllah.



frasa menarik


BAHASA BERBUNGA

1 tetap mendesah, tetap bergasak
2 kehampaan yang menggari
3 cucur menitis airnya mata
4 hancur daging tulang berkecai5 bergayut di layar minda
5 intiha bicara
6 daerah kelemahan masing-masing
7 merapuh kedudukan bangsa
8 menyinarkan kembali keampuhan akar budaya
9 Ruang waktu yang ada
10 mempertajam kemahiran
11 melontarkan idea dan meluahkan perasaan yang membelenggu di jiwa nurani.
12 sirih sejunjung, serai serumpun
13 sukma yang resah
14 bergelut dengan masalah yang tidak kunjung padam
15 tonggak pembangunan negara dan pendukung impian generasi
16 kesepaduan insan sepakat
17 mengisi dada dengan ilmu
18 air mata berguguran
19tinta-tinta harapan
20 lurah ketewasan
21 bijak mengabui pandangan
22 bijak serta hebat memalsukan keikhlasan
23 ghairah menebang khazanah alam
24 mengundang rasa kurang senang
25 mengundang kekacauan dan sengketa
26 menagih simpati
27 kehausan kasih sayang
28 memutar-mutar cepu ingatan
29 membuka langkah dengan gagah
30 cabaran besar yang harus digalas bersama
31 bumi mulai menangis mengenangkan nasibnya
32 kudrat tangan sepasang
33 cepu kepalanya terus bersiponggang dengan tanda tanya
34 kebuntuan yang tersembul

COGANKATA

1 perbelanjaan berhemah
2 berjimat cermat

 3 pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
4 generasi muda pelapis dan peneraju wawasan
5 remaja penggerak wawasan
6 generasi muda wawasan bangsa
7 satu matlamat satu wawasan
8 belia benci dadah
9 fikir dulu sebelum buang
10 tak nak merokok
11 budi bahasa budaya kita
12 jadilah pengguna yang bijak
13 bahasa jiwa bangsa
14 guru penyayang, pelajar sayang
15 guru cemerlang, pelajar gemilang
16 indah budi kerana bahasa
17 semakin hari semakin sayang
18 kepimpinan melalui teladan
19 semangat waja diri asas kecemerlangan
20 Malaysia Boleh
21 Keranamu Malaysia
22 bersatu teguh bercerai roboh
23 usaha tangga kejayaan
24 dadah musuh negara
25 filem kita wajah kita
26 generasi muda pelapis dan peneraju wawasan
27 remaja penggerak wawasan
28 generasi muda wawasan bangsa
29 guru cemerlang , negara gemilang3
30 membaca sepanjang hayat
31 sihat sepanjang hayat
32 membaca jambatan ilmu
33 bersekutu bertambah mutu
34 pandu cermat, jiwa selamat
35 biar lambat asalkan selamat
36 bersatu teguh bercerai roboh
37 bahasa jiwa bangsa
38 cegah sebelum parah
39 mencegah lebih baik daripada mengubati
40 bersih, cekap, amanah

PENGGUNAAN KATA SETARA

1 terancang dan bersepadu
2 penciptaan dan pembinaan
3 tekad dan nekad
4 intonasi dan nada
5 berkomunikasi dan berinteraksi
6 borong dan pukal
7 cabaran dan pancaroba
8 inovatif, kreatif dan proaktif
9 leka dan alpa
10 enigma dan kebingungan
11 menjadi nanar dan bingung
12 formulasi dan rumusan
13 integriti dan kejujuran
14 intifadah dan perjuangan
15 pucat dan mania
16 orak-arik dan kacau bilau
17 vital dan penting
18 citra dan identiti
19 teguran dan kritikan
20 ilmuwan dan cendekiawan
21 telus dan tulus
22 ihsan, bantuan dan subsidi
23 realistik dan rasional
24 pengemis dan kutu rayau
25 kesopanan dan kesusilaan
26 menghargai dan menjunjung tingg
27 buli-membuli dan gengsterisme
28 bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama
29 mendarah daging dan berakar umbi
30 igauan dan impian
31 modenisasi dan globalisasi
32 menyahut dan mendukung
33 unggul lagi perkasa
38 ilusi dan emosi
39 memperkasa dan melestarikan
40 delusi dan halusinasi
41 simpati dan empati
42 culas dan malas
43 khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling
44 dijaga dan dipelihara
45 khazanah bernilai dan warisan berharga



Siri 1- Apitan me-kan dan men-i, di-kan dan di-i
Perkataan: Memagar
Maksud: membuat pagar atau memasang pagar.
Ayat:Dia memagar kawasan rumahnya dengan kawat berduri.

Perkataan: Memagarkan:
Maksud : menjadikan sesuatu sebagai pagar.
Ayat: Dia memagarkan kawat berduri di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: Memagari
Maksud: mengelilingi sesuatu.
Ayat: Kawat berduri memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Perkataan: dipagar
Maksud: pagar dibuat atau dipasang di sesuatu tempat atau kawasan
Ayat: Kawasan rumahnya dipagar dengan kawat berduri.

Perkataan: dipagarkan:
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar.
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: dipagari
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri.

Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Serdang: Pengajaran Peribahasa Berdasarkan Konteks

Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Serdang: Pengajaran Peribahasa Berdasarkan Konteks: Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan, rangkai kata atau peribahasa yang sesuai. Di negara kita, kes kemalangan jalan raya semakin m...

Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Serdang: Panduan Umum Penulisan Karangan

Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Serdang: Panduan Umum Penulisan Karangan: Untuk memastikan pelajar dapat mentakrif soalan dengan tepat, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu. Strategi yang dicadangkan ialah ...

28 Sep 2011

Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia". Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian di telan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer
yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .

Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antar
a generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ib
u bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya , generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri .

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlah
garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni.
Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan .

Oleh:Izukazx . Blogspot

27 Sep 2011

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK



Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

JENIS-JENIS WATAK DALAM NOVEL

Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.

Watak Utama
Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita.

Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.

Watak Protagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif.

Watak antagonis
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.

Watak bulat/bundar
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca.

Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.


Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.

Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu:

a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.

b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis.

Watak Statik

Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita.

Watak Sampingan
Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

-Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan -: Fokus Novel PMR 2011 - Jenis-jenis Watak

-Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan -: Fokus Novel PMR 2011 - Jenis-jenis Watak: Dengan berdasarkan novel yang anda pelajari semasa tingkatan dua, huraikan jenis-jenis watak yang terdapat dalam novel tersebut.

SARAH AZIZUL :SEMOGA DIBERIKAN KELANCARAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

26 Sep 2011

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA(IKS)

Tajuk / Tema Karangan: Industri Kecil dan Sederhana
Fokus karangan: Langkah-langkah merancakkannya
[Ayat Rangsangan]Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [Ayat Huraian 1]IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [Ayat Huraian 2]Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. [Ayat Huraian 3]IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. [Ayat Arahan]Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.
[Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan. [Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.
[Ayat Judul]Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak kerajaan. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik, berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta pemasaran global. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA), UKM Pakar Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS Malaysia. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. [Ayat Penyimpul]Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS dan melipatgandakan perolehan.
[Ayat Judul]Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1] Dalam konteks ini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 2]Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Contoh]Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Huraian 3]Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. [Ayat Penyimpul]Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara.
[Ayat Kesimpulan]Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS. [Ayat Peniaian]Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. [Ayat Penilaian]Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. [Ayat Penilaian]Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. [Ayat Cadangan]Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. [Ayat Harapan]Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

SOALAN NOVEL PMR 2011

BM - Novel


Novel
Pengajaran – Jawapan lengkap
 
          Pengajaran yang berguna digarap dengan kemas oleh pengarang, Mohd Ismail Sarbini melalui perjuangan penduduk Kampung Pasir Salak menentang penjajah.
 
       Rasa cinta akan tanah air yang dimiliki oleh anggota masayarakat boleh menyelamatkan tanah air. Hal ini dapat di lihat pada penduduk Kampung Pasir Salak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahan tanah air dengan berjuang tanpa mengenal erti putus asa
 
      Lazimnya semangat yang tinggi ketika berjuang di perlukan supaya negara terselamat daripada ancaman musuh . Pengajaran ini ditonjolkan melalui penduduk Kampung Pasir Salak yang enggan menyerah kalah walaupun mereka tahu musuh menggunakan senjata moden.
 
        Selain itu,amalan masayarakat yang suka melakukan sesuatu kerja dalam bentuk kerjasama atau berkumpulan menjadi pengajaran penting novel ini. Hal ini dapat dilihat pada penduduk Kampung Pasir Salak ketika  mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan juga membuat rondaan pada waktu malam untuk menjaga keselamatan kampung mereka.
 
Watak – poin utama
 
 Pahlawan Pasir Salak
 
     Deli ialah seorang anak muda belasan tahun. Beliau ialah anak kepada Pak Itam dan Mak Mah. Deli berbadan tegap dan berkulit agak cerah. Dia sentiasa berkawan baik dengan Lamin dan Akub.
 
      Deli seorang yang berani . Dia berani melawan wakil Inggeris yang dating ke warungnya untuk mengutip cukai.
       Deli seorang yang mempunyai rasa cinta akan tanah air kerana dia turut bersama-sama mempertahankan Pasir Salak daripada ancaman penjajah Inggeris.
       Deli patuh kepada arahan ayahnya yang menyuruh dia berlatih silat di rumah Datuk Maharajalela
       Mempunyai semangat yang tinggi untuk melawan Inggeris walaupun Inggeris menekan penduduk Pasir Salak.
 
Panas Salju
 
        Bushrah merupakan seorang guru di sekolah Bandar Tun Razak. Watak ini juga menjadi ibu kepadfa Nadhirah dan Nazli. Dia merupakan penderma hati kepada Nadhirah. Dia meninggal dunia selepas kira-kira lima tahun pemindahan hatinya ke badan Nadhirah dilakukan
 
        Bushrah ialah seorang yang penyayang. Perwatakan ini ditonjolkan melalui sifat kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Sifat ini juga terbukti melalui pengorbanan yang amat besar dilakukannya , iaitu menderma sebahagian hatinya kepada anaknya, Nadhirah demi kasih sayangnya terhadap keluarga.
 
       Sifat tanggungjawab Bushrah menjadikannya sebagai seorang isteri yang tidak lupa tanggungjawabnya terhadap rumah tangga walaupun bertugas sebagai seorang guru. Dia juga tidak lupa akan tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya dengan mengirimkan wang belanja untuk orang tuanya.
 
 
·         tabah hati
·         setia pada suami
 
Pahlawan Pasir Salak
      Datuk Maharajalela merupakan Penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terhadap gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
      Pelbagai tindakan yang diambil memperlihat sikapnya yang cinta akan tanah air. Beliau member semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang dan melarang penduduk membayar cukau kepada Inggeris
       Tindakannnya nekad dan tidak menghiraukan bahaya. Beliau membakar pondik mengutip cukai dan mengoyak suray kenyataan mengutip cukai
       Beliau bertindak mengikut pemikiran dan bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan poengikut-pengikutnya bertindak melulu kepada wakil-wakil Inggeris yang sedang mengutip cukai.
 
NOVEL MENITI KACA- NILAI KEBERANIAN WATAK UTAMA
Dalam novel Meniti Kaca karya Raja Sabaruddin Abdullah, peristiwa yang mengambarkan keberanian ialah fitnah yang dilemparkan kepada Nazar. Watak utama dalam novel ini, Nazar difitnah kerana hubungannya dengan Zainab. Walaupun penduduk kampung menyebarkan fitnah ini, namun  Nazar berani menghadapi cemuhan penduduk kampung.
Selain itu, peristiwa ibu Nazar diserang penyakit nanar juga menampilkan keberanian watak Nazar. Nazar tidak takut dengan penyakit ibunya , malah berikhtiar mengubatnya. Lantaran daripada gagal mengubati penyakit ibunya,Nazar berani menghadapi hakikatnya dan menerima ketentuan takdir.
 
 
 
BM Kertas 2
 
 
Novel- Teknik penceritaan
Meniti Kaca
     Pengarang novel Meniti Kaca , R. Sabaruddin R Abdullah menggunakan  beberapa teknik penceritaan yang berbeza bagi menarik minat pembaca.
     Salah satu teknik yang digunakan ialah teknik saspens. Ibu Nazar, Mahyun yang tidak siuman didapati hilang dari rumah. Orang-orang kampung mencari ibunya dengan penuh debaran.
     Debaran itu berakhir dengan terjumpanya ibu Nazar tidak bernyawa tersepit di celah batang pokok kelapa di tepi sungai. Peristiwa kematian ibu Nazar itu disampaikan oleh pengarang dengan teknik kejutan yang menghayat hati pembaca.
     Selain itu, watak utama iaitu Nazar banyak digambarkan melalui teknik monolog dalaman. Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Nazar telah menyemaikan satu semangat untuk terus berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan. Semangat ini dikuatkan melalui bisikan dalam hati Nazar.
 
 
 
 
Pahlawan Pasir Salak
 
      Teknik penceritaan yang berbeza  digunakan oleh pengarang novel Pahlawan Pasir Salak bagi menarik minat pembaca.
      Salah satu teknik yang digunakan ialah teknik imbas kembali. Dalam cerita ini, Pak Wan, orang kanan Dato Maharajalela teringat kembali akan anak buahnya yang sudah meninggal dunia akibat dipatuk ular. Teknik  penceritaan ini membuat hati pembaca sayu dan pilu.
      Selain itu teknik dialog juga digunakan melalui perbualan Datuk Maharajalela dan anak buahnya Deli yang banyak terlibat dalam perbincangan untuk menghalang pemungutan cukai oleh penjajah Inggeris. Tambahan pula teknik dialog ini memudahkan pembaca mengikuti jalan cerita novel ini.
      Novel ini diakhiri dengan teknik saspens. Residen British ,. JWW Birch telah mati dibunuh di sungai berhampiran Kampung Pasir Salak oleh Seputum. Peristiwa ini member saspens dan kepuasan kepada pembaca kerana anak Melayu dapat membela kedaulatan bangsa dengan menghapuskan penjajah.
Bahagian B
Soalan gambar
 
Graf yang menunjukkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menerima kedatangan pelancong asing
 Tips:
      Dapat memperkenalkan negara kita kepada orang luar- pelancong yang pulang akan menceritakan kepada rakan-rakan mengenai keunikan negara kita
      Dapat meningkatkan ekonomi negara kita –pelancong asing membelanjakan wang mereka untuk tujuan penginapan, pengangkutan dan makan minum
      Kemudahan yang dinikmati oleh penduduk tempatan- kedatangan pelancong asing turut member kemudahan infrastruktur kepada penduduk tempatan- penyediaan prasarana ini bukan hanya untuk pelancong tetapi untuk penduduk tempatan juga
      Dapat memperkenalkan barangan industri negara kita termasuk kraftangan dan batik
      Memberi  peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan industry pelancongan.
 
 
Bahagian C
 
1.       Sebuah kilang pembuatan barangan daripada getah berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda telah menimbulkan pelbagai madsalah kepada penduduk . Sebagai wakil penduduk , anda diminta menulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang berkenaan. Sediakan sureat tersebiut selengkapnya
2.       “Kemasukan pekerja asing lebih banyak membawa keburukan kepada negara”. Sebagai pencadang pertama, bahaskan tajuk di atas dengan lengkap.
3.       Anda terpilih untuk menyertai satu pertandingan syarahan daerah . Tajuk syarahan anda ialah ‘Faktor-faktor Pemusnahan Hutan”. Tuklis teks syarahan anda selengkapnya.
4.       Berdasarkan perangkaan, kadar jenayah di negara kita semakin hari semakin meningkat. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara untuk membendung masalah jenayah di negara kita?
5.       Anda telah membaca sebuah novel remaja dan anda mendapati novel itu sungguh menarik. Buat satu ulasan tentang novel tersebut.
 
 
Bahagian D
 
 Huraikan watak dan 2 perwatakan daripada dua novel yang dikaji.
 
 
Kajian soalan-soalan tahun lepas
 
Soalan tajuk yang pernah keluar dalam PMR – 8 tahun terakhir
1.       Makan buah-buahan tempatan
2.       Peranan masayarakat menangani pelbagai gejala negatif
3.       Kitar Semula
4.       Kebaikan bergotong royong
5.       Sukan Menyatupadukan Rakyat
6.       Pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah
7.       Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
8.       Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak
9.       Pengangkutan membantu pembangunan negara
10.   Kesan Banjir
11.   Akademik dan kokurikulum penting untuk melahirakan pelajar cemerlang
12.   Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak
13.   Amalan budi bahasa banyak faedahnya
14.   Kempen memerangi nyamuk aedes
15.   Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional
16.   Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak
17.   Keselamatan di Jalan Raya
18.   Amalan Menabung
19.   Kepentingan Pusat Sumber
20.   Amalan membaca
21.   Sukan memupuk perpaduan nasional
22.   Punca-punca keracunan makanan
23.   Penglibatan remaja dalam gejala sosial didorong oleh rakan sebaya
 
 
 Novel
 
1.       Latar tempat, masa, masyarakat
2.       Perbandingan watak utama dan watak sampingan
3.       Sikap membantu- dua peristiwa dari dua novel
4.       3 latar tempat – contoh peristiwa
5.       Tema dan persoalan
6.       3 perwatakan watak utama yang menarik
7.       Nilai- bekerjasama, bertanggungjawab , kegigihan- satu peristiwa setiap satu
8.       3 persoalan kegigihan
 
 

25 Sep 2011

AMALAN MENGHADAPI SAAT-SAAT KEMATIAN

Amalan dan doa yang dapat menyelamatkan diri kita dari segala penderitaan dan siksaan saat  Sakaratul Maut.Dalam bukunya Manâzilul âkhirah Syeikh Abbas Al-Qumi menyebutkan beberapa amalan dan doa yang menyelamatkan kita dari segala bahaya, penderitaan, azab dan siksaan saat sakratul menjemput kita. Amalan dan doa itu antara lain:

Pertama: Silaturrahim

Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) berkata:“Barangsiapa yang ingin dimudahkan sakratul mautnya, maka hendaknya ia bersilaturrahim kepada keluarganya, dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Jika ia melakukan hal itu, Allah akan memudahkan sakratul mautnya, dan dalam hidupnya ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.” (Amali Ash-Shaduq: 318)

Kedua: Berbakti kepada orang tua
Dalam suatu riwayat dikatakan: Pada suatu hari Rasulullah saw mendatangi seorang pemuda saat-saat menjelang kematiannya. Beliau mengajarkan kepadanya kalimat Lailaha illallah. Tetapi pemuda itu lisannya terkunci.

Rasulullah saw bertanya kepada seorang ibu yang ada di dekat kepalanya: Apakah pemuda ini punya ibu?

Ia menjawab: Benar, saya ibunya.

Rasulullah saw bertanya: Apakah kamu murka kepadanya?

Ibunya menjawab: Ya, saya tidak berbicara dengannya selama 6 haji (6 tahun).

Rasulullah saw bersabda: Ridhai dia!

Ibunya menjawab: Saya ridha kepadanya karena ridhamu kepadanya.

Kemudian Rasulullah saw mengajarkan kembali kepadanya kalimat: Lailaha illallah.

Pemuda itu sekarang dapat mengucapkan kalimat Lailaha illallah.

Rasulullah bertanya kepadanya: Apa yang kamu lihat tadi?

Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang berwajah hitam, pandangannya jahat, pakaiannya kotor, baunya busuk; ia mendekat kepadaku, dan marah pada.

Rasulullah saw menyuruhnya mengucapkan:

Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan Mengampuni dosa yang banyak, terimalah amalku yang sedikit, dan ampuni dosaku yang banyak, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Lalu ia mengucapkannya.

Rasulullah saw bertanya lagi: Lihatlah sekarang apa yang kamu lihat?

Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang wajahnya putih dan indah, harum baunya, bagus pakaiannya; ia mendekat padaku, dan aku melihat orang yang berwajah hitam itu menjauh dariku.

Rasulullah saw bersabda: Perhatikan lagi, ia pun memperhatikan. Kemudian beliau bertanya: Apa yang kamu lihat sekarang.

Pemuda menjawab: Aku tidak melihat lagi orang yang berwajah hitam itu, yang aku melihat hanya orang yang wajahnya putih, dan cahaya meliputi keadaan ini. (Al-Mustadrak 2:129)



Wahai saudara-saudaraku, renungi baik-baik kejadian ini, dan perhatikan betapa banyak akibat buruk durhaka kepada orang tua. Bukankah pemuda itu adalah salah seorang dari sahabat Nabi saw, beliau menjenguknya, duduk di dekat kepalanya, dan beliau sendiri yang mengajarkan kalimat tauhid kepadanya. Tapi ia tak kuasa mengucapkannya kecuali setelah ibunya memaafkan dan meridhainya.




Ketiga: Memberi pakaian kepada orang mukmin


Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) berkata:

“Barangsiapa yang memberi pakaian kepada saudaranya di musim dingin atau di musim panas, maka Allah berhak memberinya pakaian dari surga, memudahkan sakratul mautnya, dan meluaskan kuburnya.” (Biharul Anwar 74: 380.)



Keempat: Memberi makanan kepada orang mukmin


Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan pada saudaranya sepotong kuih manis, Allah akan menghilangkan darinya pahitnya kematian.” (Biharul Anwar 66: 288)

Di antara amalan praktis dalam bentuk bacaan yang bermanfaat untuk kemudahan dan kebahagiaan saat sakratul maut adalah membaca surat Yasin, Ash-Shaffat, dan doa Faraj (doa kebahagian) di dekat orang yang sedang sakratul maut. (Al-Kafi 3: 124)



Kelima: Puasa di bulan Rejab


Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:

“Barangsiapa yang berpuasa satu hari di akhir bulan Rejab, ia akan mendapatkan keamanan dari penderitaan sakratul maut, dan keamanan dari segala yang menakutkan dan keamanan dari siksa kubur.” (Fadhail al-asyhur al-tsalatsah: 18)



Ketahuilah bahwa berpuasa 24 hari di bulan Rajab memiliki pahala yang sangat besar:


“Barangsiapa yang berpuasa dua puluh empat hari di bulan Rajab, maka saat sakratul maut malaikat maut akan datang kepadanya dengan wajah seorang pemuda yang memakai selendang sutera berwarna hijau, menaiki kuda dari surga; tangannya membawa sutera hijau dan misik yang baunya sangat harum, tangan membawa gelas yang besar berisi minuman dari surga, kemudian ia meminumkan kepadanya saat ruhnya akan keluar darinya, sehingga ia mudah dalam sakratul mautnya. Kemudian ruhnya di letakkan pada kain sutera itu sehingga keluarlah bau harum dan tercium oleh penghuni tujuh langit; ketika sampai di kuburnya ia dalam keadaan puas tidak dahaga sampai ia kembali ke telaga Nabi saw.” (Amali Ash-Shaduq: 432)



Keenam: Melakukan shalat sunnah di bulan Rejab


Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan shalat sunnah empat rakaat pada malam ketujuh bulan Rajab, setelah Fatihah membaca surat Al-Ikhlash (3 kali), Al-Falaq dan An-Nas, kemudian setelah salam membaca shalawat (10 kali), dan Subhanallah walhamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar (10 kali), maka Allah akan menaunginya dengan naungan arasy-Nya, memberinya pahala seperti pahala orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, para malaikat memohonkan ampunan baginya sampai ia selesai melakukan shalat itu, Allah memudahkan baginya pencabutan ruhnya, menyelamatkannya dari siksa kubur, ia tidak akan meninggalkan dunia kecuali ia melihat tempatnya di surga, dan Allah memberi keamanan baginya dari pada hari kiamat.” (Iqbalul a`mal: 651-652)



Ketujuh: Membaca surat Al-Zalzalah


Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Janganlah kamu bosan membaca surat Al-Zalzalah, karena orang yang membacanya dalam shalat-shalat sunnah nafilahnya Allah tidak akan menimpakan goncangan kepadanya selamanya, dan ia tidak akan meninggal dalam keadaan ketakutan, tidak disambar petir, dan tidak akan ditimpa penyakit-penyakit dunia hingga ia meninggal. Dan ketika menjelang kematiannya malaikat yang mulia akan datang kepadanya dari sisi Tuhannya dan duduk di dekat kepalanya, seraya berkata Tuhannya berfirman: Wahai malaikat maut, lembutkan sikapmu terhadap kekasih Allah, karena ia banyak berzikir kepada-Ku.” (Biharul Anwar 82: 64)



Doa Untuk Memperoleh kemudahan Sakratul maut


Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang membaca doa berikut (10 kali) setiap hari, Allah swt akan mengampuni baginya empat puluh ribu dosa besar, menjaganya dari keburukan kematian, siksa kubur, hari kiamat dan hari hisab, dan segala hal yang menakutkan; yakni Allah memudahkan seratus hal yang menakutkan saat kematian, Allah menjaganya dari kejahatan iblis dan pasukannya, menunaikan hutangnya, menghilangkan dukanya, dan membahagiakan deritanya. Yaitu:

Aku persiapkan untuk

Setiap yang menakutkan Laiha illallah,

Setiap duka dan derita masya Allah,

Setiap nikmat Alhamdulillah,

Setiap kebahagiaan Asy-Syukru lillah,

Setiap yang menakjubkan Subhanallah,

Setiap dosa Astaghfirullah,

Setiap musibah Innalillahi wa inna ilayhi raji’un,

Setiap kesulitan Hasbiyallah,

Setiap ketetapan dan takdir Tawakkaltu ‘alallah,

Setiap musuh A’shamtu billah,

Setiap ketaatan dan kemaksiatan La hawala wala quwwata illa billahil aliyyil ‘azhim.

(Biharul Anwar 87: 5)



Amalan dan doa yang menyelamatkan dari pujukan setan


Pertama: Menjaga waktu-waktu shalat


Dalam suatu hadis disebutkan bahwa Malaikat maut berkata: “Tidak ada penghuni suatu rumah di barat atau di timur, di dusun atau di kota, kecuali aku berjabatan tangan dengan mereka lima kali setiap hari.”

Rasulullah saw bersabda: “Malaikat maut berjabatan tangan dengan mereka pada waktu-waktu shalat; orang yang menjaga waktu-waktu shalatnya, malaikat maut mengajarkan kepadanya kalimat syahadat Lailaha illallah wa Muhammadur rasulullah, dan ia menjauhkannya dari Iblis.” (Al-Wasail 3: 79)

Kedua: Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) pernah menulis surat kepada sebagian manusia: “Jika kamu ingin memperoleh amal yang baik di penghujung umurmu sampai ruhmu dicabut dan kamu berada dalam amal yang paling utama, hak yang agung hanya milik Allah swt, maka hendaknya kamu tidak menggunakan nikmat-nikmat Allah dalam kemaksiatan pada-Nya, tidak ghurur (bangga diri) terhadap kesantunan-Nya padamu, muliakan setiap orang yang kamu jumpai yang menghubungkan kepada kami atau yang menganjurkan kecintaan kepada kami, kemudian bersikaplah jujur dan tidak berdusta.” (Biharul Anwar 73: 351)



Ketiga: Syeikh Abbas Al-Qumi mengatakan: Di antara hal yang bermanfaat untuk memperoleh husnul khatimah, dan keselamatan dari hal-hal yang mencelakakan dan memperoleh kebahagiaan, adalah membaca doa yang ke 11 dalam Shahifah Sajjadiyah.




Keempat: Melakukan shalat sunnah pada hari Ahad bulan Dzul Qaidah


Kelima: Mendawamkan zikir berikut:

Ya Tuhan kami, jangan jadikan hati kami condong pada kesesatan sesudah Kau tunjuki kami. Karuniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi karunia. (Ali-Imran: 8).



Keenam: Mendawamkan Tasbih Az-Zahra’


Ketujuh: Membaca surat Qad aflahal mu’minun (surat Al-Mukminun) setiap Jum’at.

Kedelapan: Membaca zikir berikut (7 kali) setiap sesudah shalat Subuh dan Maghrib:

Bismillâhir Rahmânir Rahîm, wa lâ hawla walâ quwwata illâ billâhil ‘aliyyil ‘azhîm.

Kesembilan: Melakukan shalat sunnah empat rakaat pada malam yang kedua belas bulan Rajab; setiap rakaat sesudah Fatihah membaca surat Al-Kafirun (7 kali), dan sesudah shalat membaca shalawat (10 kali) dan istighfar (10 kali).



Kesepuluh: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan shalat sunnah empat rakaat pada malam yang keenam bulan Sya’ban, setiap rakaat sesudah Fatihah membaca surat Al-Ikhlash (50 kali), Allah akan mencabut ruhnya dalam keadaan bahagia, meluaskan kuburnya, dan membangkitkan dari kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan sambil membaca: Asyhadu an Lâilaha illallâh wa anna Muhammadan `abduhu wa rasûluhu.” (qbal al-A`mal: 690-691)




Kesebelas: Banyak membaca doa perlindungan, antara lain:


Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kecenderungan pada kebatilan saat kematian, dari keburukan tempat kembali di alam kubur, dan dari penyesalan pada hari kiamat (Biharul Anwar 98: 383)

Kedua belas: Membaca doa keselamatan dari pertanyaan Malaikat munkar dan Nakir:

Ya Allah, wahai Yang Maha Pengasih wahai Yang Maha Penyayang aku titipkan pengakuan ini, pengakuan tentang-Mu, tentang Nabi-Mu dan para Imam; dan Engkau adalah sebaik-baik tempat penitipan, maka kembalikan pengakuan ini padaku di kuburku saat menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir. ( Ma`alim al-zulfa: 71)

Tulisan ini disarikan dari kitab “Manazilul Akhirah” karya Syeikh Abbas Al-Qumi penulis kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga.

Cahaya Mukmin: Selawat Pelindung Diri

Cahaya Mukmin: Selawat Pelindung Diri: Tawassalna bi bismillah Wa bil hadi rasulillah [2x] Wa kulli 'arifin billah Wa ahlillahi ya allah [2x] Wa Allah Syumu silhuda Shuy...

24 Sep 2011

Monolog Wanita Terbilang & Ya Toyyibah

Contoh Karangan bahagian B

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kedatangan
pendatang asing ke negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.


Bahagian Huraian
Pendahuluan


Mengapa
Kemasukan pendatang asing ke negara ini sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Negara kita banyak menyediakan peluang pekerjaan.
Isi 1


Mengapa

Kesan

Kedatangan mereka menimbulkan masalah pengangguran terhadap pekerja tempatan.

Mereka mengambil peluang pekerjaan yang ada.

Pengagguran penduduk tempatan menimbulkan masalah kepada negara.
Isi 2


Mengapa

Kesan
Masalah lain yang timbul ialah pembinaan rumah-rumah setinggan.

Mereka tidak mampu membeli atau menyewa rumah.

Akan mencacatkan pemandangan dan membawa imej buruk kepada  negara.
Isi 3


Mengapa

Kesan
Pendatang asing akan menyebabkan berlakunya pengaliran keluar mata wang ke luar negara.

Untuk menyara kehidupan keluarga mereka di sana.

Negara kita akan kerugian berbilion-bilion ringgit pada setiap
tahun. Menjejaskan ekonomi negara
Isi 4


Mengapa


Kesan
Masalah jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini semakin menjadi-jadi.

Kerana ingin mendapatkan wang secara mudah serta akibat
ketiadaan pekerjaan.

Keselamatan penduduk tempatan kerap terancam dan mereka sering berada dalam ketakutan.
Penutup Kedatangan pendatang asing banyak menimbulkan masalah
terhadap penduduk di negara ini.
Cadangan Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang secara tegas bagi membendung kemasukan mereka. 
Harapan Agar keharmonian hidup penduduk di negara ini dapat dikekalkan.Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Suasana persekitaran tentukan baik, buruk manusia
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh

2011/09/24

Budi pekerti, akhlak mulia setiap lapisan masyarakat teras kemenangan dalam perjuangan

BAGAIMANA tergamak seorang gadis berusia 19 tahun yang bersekolah di Maahad Tahfiz dibakar dan dicampak tanpa belas kasihan di tepi jalan raya. Seorang remaja berusia 16 tahun pula mendakwa dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki.

Keruntuhan moral ini bukan sekadar membabitkan remaja, malah isu ibu bapa yang ditinggalkan di rumah kebajikan dan kes perceraian semakin meningkat dari semasa ke semasa mengundang pelbagai perbahasan untuk difikirkan bersama kaedah penyelesaian terbaik.
Adakah suasana persekitaran kita semakin bahaya, sentiasa terbuka kepada pelbagai jenayah dan boleh berlaku dalam masa yang begitu pantas? Adakah keamanan dan kasih sayang sudah semakin hilang dalam hidup masyarakat Malaysia hari ini?
Semua rakyat Malaysia perlu memikirkan bagaimana cara dan kaedah mewujudkan semula suasana harmoni dalam masyarakat kerana suasana persekitaran berperanan besar dalam menentukan buruk baik kehidupan manusia keseluruhannya.

Setiap individu Muslim perlu menekankan kepada persekitaran baik bagi membentuk kehidupan diredai Allah SWT. Justeru, melakukan kebaikan setiap detik dan masa harus menjadi agenda utama dalam melayari bahtera kehidupan.

Ibu bapa yang baik budi pekerti akan menunjukkan contoh baik kepada anak bagi membentuk sebuah keluarga bahagia dan masyarakat yang baik membantu kehidupan manusia berada di landasan baik.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka usahakan. (Surah al-Araf, ayat 96)
Al-Quran dan hadis sarat dengan pelbagai galakan supaya manusia sentiasa melazimi kebaikan dalam kehidupan sehari-hari. Neraca inilah yang menjadi pertimbangan kepada jatuh bangunnya sebuah peradaban manusia.

Lipatan sejarah jelas menunjukkan akhlak mulia setiap lapisan masyarakat menjadi teras kepada kemenangan dalam perjuangan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis riwayat Ahmad)

Hanya selepas 800 tahun, ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera itu, tidak seorang pun yang pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan daripada kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad saja yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan itu mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Bagaimana mahu memastikan harta benda sentiasa terjaga jika kejadian pecah rumah dan samun bermaharajalela setiap hari. Harus bagaimana memastikan anak muda remaja menjaga maruahnya sedang kerosakan nilai budaya masyarakat dipaparkan dalam media cetak dan elektronik sehari-hari?

Persoalan inilah yang harus dicari jawapan supaya manusia tidak hanyut berada dalam lingkungan tidak sihat, berbudaya negatif, berakhlak tidak sopan dan hidup dalam acuan tidak Islam.

Pelaksanaan kepada kebaikan datangnya dari hati dan dorongan dalaman yang kuat. Niat saja tidak cukup, malah mesti digerakkan melalui tindakan. Namun niat itu sendiri sudah mendatangkan pahala kepada pelakunya.

Atas rahmat dan kasih sayang Allah, pasti akan memberikan balasan setimpal atas niat dan keinginan hati seseorang.

Ketinggian sifat Pengasih Allah SWT ini dikurniakan juga walaupun kebaikan itu tidak dilaksanakan, malah jika berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak ditunaikan juga akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Dalam hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menuliskan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia telah menerangkannya akan hal itu. Barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita untuk membuat kebaikan dan melaksanakannya, maka Allah akan menuliskan baginya 10 sehingga 700 kali ganda kebaikan malah berlipat-lipat kali ganda.

Barang siapa pula yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tidak beramal dengannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika ia bercita-cita untuk melakukan kejahatan dan dilaksanakan kejahatan itu, maka Allah hanya akan menuliskan baginya satu kejahatan saja. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amal salih adalah syarat utama untuk menemui Allah di akhirat kelak dengan hati yang penuh ketundukan kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: Sesiapa yang ingin bertemu Tuhannya (di akhirat kelak), maka hendaklah ia melakukan amal soleh dan tidak mensyirikkanNya dalam setiap amal ibadahnya. (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Penulis ialah Penolong Pengarah Pusat Pemantapan Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jelebu