16 Dis 2010

Pemilihan Tokoh NILAM.

Saban tahun pemilihan tokoh Nilam diadakan. Pertandingan ini diadakan untuk memilih tokoh nilam dan seterusnya sebagai wakil negeri ke peringkat kebangsaaan.
Penilaian dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Pengesanan minat membaca
b) Pengesanan kemahiran membaca
c) Pengesanan kematangan
d) Pengesanan kemahiran menyelesaikan masalah

Calon-calon bagi anugerah ini akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah kanan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga pegawao-pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Aktiviti Yang Boleh Membantu Calon Menghadapi Penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan 2010.

1. Menggalak/membimbing calon melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut semasa perhimpunan pagi untuk meningkatkan pengetahuan, pengukuhan dan keyakinan diri calon seperti berikut:

  • Resensi buku
  • Bercerita
  • Bicara Buku
  • Ulasan Buku
  • Membaca Bersama
  • Bacaan Senyap (semua pelajar terlibat)
  • Membicarakan Isu-Isu Semasa (contoh: 1 Malaysia)
2. Ketua Panatia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjalankan latihan temuduga secara lisan (seminggu sekali) atau ikut kesesuaian sekolah - topik yang disoal adalah bebas bertujuan untuk melatih berkomunikasi calon secara berkesan.

3. Bengkel Persedian Peringkat Sekolah (sekolah perlu melatih calon bagi persediaan awal) antaranya:

a) "Roadshow" antara sekolah yang berdekatan dalam daerah - sekolah diminta membawa pelajar ini ke perhimpunan pagi sekolah yang berhampiran dan melaksanakan aktiviti yang sama

b) GPM dan Guru NILAM perlu membantu dan membimbing calon menydiakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

c) Guru Kaunseling Sekolah memberi motivasi dan suntikan semangat yakin boleh da sebagainya kepada calon

4. Penilaian peringkat kebangsaan dijalankan secara lisan(temuduga) dan bertulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Syabas kepada pelajar dan sekolah berkenaan....