16 Dis 2010

Dirgahayu Bahasaku-sajak



ULASAN SAJAK

Antologi Dirgahayu Bahasaku 2011 - Sajak Tingkatan 5
Para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan akan mengkaji teks Komponen Sastera yang baharu iaitu Dirgahayu Bahasaku. Teks ini diberikan judul sedemikian, kerana mengambil sempena sebuah sajak yang terdapat dalam teks ini iaitu Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju. Saya akan membincangkan aspek yang akan dikaji dalam sajak tersebut di bawah ini.






Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju


Maksud
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.


Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.


Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.


Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.


Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.


Tema
Bahasa kebangsaan perlu dijaga dan dimartabatkan darjatnya.


Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan


Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
ke utara dan ke selatan


Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri


Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.